web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Innovathon Tawar Peluang, Pupuk Minat Untuk Masyarakat Komersialkan Inovasi Sendiri - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 9:02AM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Program diperkenalkan kerajaan, Innovathon yang dijangka bermula Jun depan, bertujuan mengarusperdanakan inovasi supaya lebih ramai individu di negara ini meminati serta membabitkan diri dalam bidang itu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, program dilaksanakan kementeriannya dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu juga bagi memupuk pemikiran masyarakat Malaysia bahawa inovasi bukan bidang yang terlalu sukar.

Katanya, kerajaan mahu menarik minat dan keyakinan rakyat untuk menceburi inovasi kerana lebih ramai orang yang mencipta, semakin banyak produk berpotensi tinggi akan dihasilkan.

“Kita nak galakkan seberapa ramai orang dari yang muda sampai ke tua tak kira latar belakang untuk mereka terjemahkan idea, contoh perniagaan berbentuk inovasi

“Sebab selama ini dalam masyarakat kita apabila bercakap (soal) inovasi, orang ingat pergi ke bulan dan sebagainya.

“Sebenarnya inovasi ini simple (mudah), contohnya bagaimana kalau ada produk rambut yang boleh tumbuhkan rambut, itu inovasi,” katanya ketika ditemu ramah pada program bual bicara, Meletop malam tadi.

Beliau berkata, masalah dihadapi Malaysia dalam menggalakkan inovasi kebiasaannya disebabkan sikap takut masyarakat untuk menterjemahkan idea mereka.

“Jadi kita nak arus perdanakan supaya lebih ramai orang terlibat, lebih ramai orang menjadi usahawan, lebih ramai akan merancakkan ekonomi,” katanya.

Rafizi berkata, penghasilan inovasi dalam kalangan rakyat adalah perkara biasa di negara maju, termasuk di Amerika Syarikat (AS).

“(Di sana) Ini adalah proses harian, siapa ada idea, dia tahu kat mana dia nak pergi, dia dah tahu proses terbabit dan sebab itu dengan cepat, mereka ada bakat yang ramai, yang boleh menterjemahkan idea menjadi produk komersial.

“Mungkin agak baru di Malaysia dan sebab itu kita nak arus perdanakan (inovasi) supaya apabila orang dah nampak, sebenarnya bukan susah sangat,” katanya.

Selain itu, Rafizi berkata, program itu menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM100,000, manakala peserta yang berjaya berpeluang mendapat geran dan bantuan kerajaan untuk mengkormersialkan ideanya sehingga RM1 juta.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sepatutnya masyarakat, terutama golongan muda yang cerdik, rajin dan mempunyai idea, menyertai Innovathon supaya boleh melalui proses segera untuk menghasilkan projek mereka serta belajar.

Ibarat ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’, katanya, mereka harus mencuba dengan menyertai program itu untuk mengukur sejauh mana kejayaannya.

Sekiranya inovasi mereka berjaya, jelasnya, negara akan mempunyai lebih ramai bakat muda untuk membantu meningkatkan bidang terbabit.

Ujarnya, peserta yang berjaya pula boleh meraih keuntungan besar daripada produk inovasi dihasilkan.

“Kita selalu tengok macam mana orang lain boleh berjaya. Kemudian kita selalu tengok di Netflix atau Disney Hotstar, orang yang dapat idea, tiba-tiba dia boleh buat dan ada kesan besar kepada masyarakat sekeliling serta boleh dapat duit banyak.

“Itu yang kita cuba nak galakkan seberapa ramai. Jadi cita-cita itu (berjaya dan ada duit banyak) tidak semestinya nak jadi menteri, saya tak galakkan jadi menteri semata-mata,” katanya berseloroh.

Terdahulu, media melaporkan Rafizi ketika Majlis Pra Pelancaran Innovathon pada 14 April lalu memaklumkan, program berbentuk realiti televisyen itu dianjurkan dengan kerjasama Astro dan dijangka ditayang secara episod bermula Jun depan selama 10 minggu.

Menurutnya, program itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira had umur menyertainya dengan menghantar idea inovatif berbentuk video ringkas masing-masing, bermula 14 April hingga 7 Mei ini.

Video ringkas itu, katanya, akan dinilai sebelum peserta terpilih dijemput secara fizikal untuk saringan panel hakim di enam lokasi, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Pada masa sama, Rafizi berkata, semasa peringkat pertemuan secara fizikal itu, peserta akan menerima bimbingan daripada mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan, produk dan teknologi, selain idea mereka dibentangkan di hadapan bakal pelabur.

Bagi individu berminat menyertai Innovathon, mereka boleh berkongsi idea masing-masing menerusi [email protected] dengan menyertakan video ringkas. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

1 hari yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

3

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

4

Semasa 5 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar