web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOSTI Gerak Pasukan Siasat Penemuan Serpihan Roket Di Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 7:33PM

Datuk Seri Dr Adham Baba - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggerakkan pasukan siasatan khas hari ini untuk menyemak laporan penduduk di Pekan Sepupok Lama, Niah, Sarawak berkaitan penemuan serpihan objek di kawasan itu, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ini berikutan kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China yang dikesan berlaku pada 12.55 tengah malam Sabtu lepas di sekitar Laut Sulu.

Beliau berkata pasukan itu yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) akan bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk menjalankan siasatan mengenai laporan berkenaan.

“Setakat ini, pasukan LPTA dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah ke lokasi untuk menyemak penemuan serpihan objek berkenaan.

“Pasukan MYSA dan Bahagian Penguasa Angkasa akan menyusul bagi tujuan pengesahan.

“Pihak kementerian akan melaporkan hasil siasatan dalam jangka masa terdekat,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Graphjet Technology Sdn Bhd dengan Toyoda Trike Corporation dan Asia Development Capital Ltd di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah MYSA Azlikamil Napiah yang menjelaskan bahawa serpihan itu merupakan komponen roket pembawa kepada modul roket Long March 5B yang dilancarkan di China pada 24 Julai lepas.

“Apabila dah selesai melepaskan modul (roket) ke angkasa, sisa komponen itu akan mengorbit jatuh ke bumi, memasuki atmosfera dan terbakar, seterusnya pecah kepada kepingan halus dan melintasi ruang udara negara seperti yang dikesan berlaku,” katanya.

Adham turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak mengganggu proses siasatan selain tidak mendekati lokasi penemuan objek.

Semalam, tular di media sosial rakaman video dipercayai serpihan roket berkenaan yang berlaku di Kuching, Sarawak.

MYSA dilapor memaklumkan serpihan roket itu telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakannya turut melintasi ruang udara negara yang dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk di Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar