web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stesen Pengecasan EV Masih Rendah, Kurang Daripada 1,000 - MOSTI

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 4:01PM

MOSTI pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) masih rendah iaitu kurang daripada 1,000 stesen yang direkodkan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama, tetapi setakat ini jumlah stesen tersebut masih kurang.

“Selain tumpuan di bandar-bandar utama, kita juga dapat permintaan daripada negeri lain bagi membolehkan kenderaan ini berjalan dari negeri ke negeri dan memerlukan kemudahan stesen pengecasan sepanjang jalan.

“Jadi, usaha sedang dilaksanakan kerajaan dengan memanggil semua pihak berkepentingan bagi membolehkan kita melihat bagaimana untuk memperbanyakkan lagi stesen pengecasan,” katanya kepada media selepas merasmikan enam van elektrik DHL Express Malaysia hari ini.

Menurutnya MOSTI memberi penekanan terhadap teknologi berkenaan bagi mempercepatkan usaha meningkatkan penggunaan EV sekali gus menangani masalah peningkatan pelepasan karbon dalam negara.

Katanya dalam masa sama pelbagai penyelidikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan negara turut terlibat dalam industri berkaitan komponen EV antara lain berkaitan kemudahan penyimpanan tenaga bateri.

Sementara itu, DHL Express hari ini memperkenalkan enam van elektrik yang akan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula awal Oktober ini, sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penyedia logistik pertama di negara ini beralih ke EV komersial.

Syarikat tersebut juga merancang untuk  menambah 55 van elektrik lagi pada tahun depan bagi menjadikan jumlah keseluruhan 61 van di seluruh negara menjelang 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Adakah Malaysia bersedia guna EV?

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Belum Terima Perakuan Hakim Bagi Kekosongan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu

3

TARA 3 tahun yang lalu

Ora Good Cat Warna Hijau Pistachio Merancakkan Dunia EV Automotif Malaysia

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan