web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aduan Orang Ramai, MAVCOM Pantau Proses Bayaran Balik Airasia X

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 1:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan memantau secara terperinci semua aduan yang berkenaan dengan proses pembayaran balik AirAsia X Bhd (AAX), selepas ribuan penumpang mengkritik polisi membebankan syarikat penerbangan tambang murah itu.

Mavcom berkata,  mereka telah menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan AAX tentang proses pembayaran semula yang dilakukan.

“Suruhanjaya ini melayan semula aduan berdaftar dengan penuh perhatian, dan proses pembayaran balik AAX tidak terkecuali.

“Suruhanjaya akan terus memantau perkembangan tentang AAX,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Vibes.

MAVCOM menyatakan demikian ketika ditanya jika mereka ada menerima aduan tentang proses pembayaran balik dan sama ada tindakan diambil ke atas syarikat tersebut.

“Kerana skim penyelesaian yang dicadangkan AAX tertakluk kepada prosiding mahkamah, suruhanjaya ini akan memantau semua prosiding dan menunggu keputusan berhubung perkara itu.

“Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang jumlah pengadu, sila hubungi AAX,” katanya.

Kenyataan MAVCOM itu dibuat selepas syarikat tersebut berhutang dengan pelanggan sehingga ribuan ringgit dalam bentuk tiket yang tidak digunakan, dan mewajibkan pelanggan mengisi borang yang rumit serta mendapatkan penyata statutori daripada pesuruhjaya sumpah untuk menerima bayaran balik masing-masing.

Pada minggu lepas Heduvin @ Edwin Miranda, 76, mendakwa yang syarikat itu dengan sengaja merumitkan proses mendapatkan kembali tambang penerbangan berjumlah RM6,400 selepas beliau tidak dapat menaiki penerbangan kerana wabak COVID-19, walaupun syarikat penerbangan itu berjanji akan membayar balik kepada 450,000 pelanggannya.

Beliau juga tertanya-tanya adakah proses terperinci itu dilakukan untuk menangguhkan pembayaran balik.

Menurut bahagian soalan lazim di laman sesawang AAX yang berkait dengan proses ini pada 31 Mac, tujuan pelaksanaan proses ini adalah untuk menentukan jumlah terhutang kepada pemiutang seperti yang tercatat dalam rekod mereka pada 20 Jun tahun ini.

“Ini adalah untuk memastikan konsistensi dan kerana mungkin ada jumlah yang dituntut pemiutang yang belum dicatat oleh Kumpulan AAX.”

Syarikat itu juga menyatakan bahawa tarikh akhir untuk penyerahan dokumen adalah pada 7 April.

Pada 1 April, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata yang 1.5 juta pelanggan yang telah menerima pembayaran balik sejak Januari tahun lepas, sambil menambah yang syarikat itu komited untuk memastikan 450,000 lagi pelanggan menerima bayaran mereka. 

Beliau menambah yang 2.9 juta lagi pelanggan telah menerima pembayaran balik dalam bentuk kredit.

Tambahnya, syarikat penerbangan itu telah membantu lebih daripada 600 juta orang melancong ke destinasi impian, dan mencipta ribuan peluang pekerjaan.

“COVID-19 bukan salah kami, kami bukan syarikat yang jahat.

“Wabak ini telah memberi kesan yang buruk kepada syarikat ini, (sama) seperti syarikat penerbangan yang lain, tapi kami sedang mencuba sebaik yang mungkin untuk menjaga pekerja kami,” katanya, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata. - Getaran, 21 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran