web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Budaya ‘Balas Dendam’ Dengan Menukar, Menghentikan Pegawai Kanan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 5:00PM

Wan Saiful berkata jaminan itu penting kerana amalan tersebut perlu dihentikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi jaminan bahawa tiada amalan ‘balas dendam’ akan dikenakan terhadap mana-mana penjawat awam di Putrajaya, susulan pertukaran kerajaan dan perubahan kakitangan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jaminan itu penting kerana amalan tersebut perlu dihentikan dan tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Menurutnya, beliau turut kesal kerana Anwar gagal memberikan jaminan untuk tidak mengganggu penjawat awam ketika mengadakan perhimpunan sulungnya bersama warga kerja berkenaan hari ini.

“Saya kesal kerana dalam pertemuan pertama Perdana Menteri dengan penjawat awam pagi tadi, beliau gagal memberi jaminan kerajaan PH tidak akan menjalankan ‘witch hunt’ (membalas dendam) terhadap pegawai kerajaan.

“Apatah lagi sekarang ini heboh dikatakan bahawa Rafizi Ramli melobi hebat untuk menjadi Menteri Kewangan. Sekiranya sikap dendam ini dibawa ke kementerian yang sebegitu penting, apa akan jadi kepada pentadbiran negara?

“Mungkinkah peruntukan akan dipotong begitu sahaja jika dia (Rafizi) tidak suka kepada individu tertentu?” soalnya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan, beliau ingin ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Wan Saiful berkata, kenyataan Rafizi yang dianggap berbaur ugutan itu masih segar di ingatannya dan beliau mempersoalkan adakah perkara berkenaan masih mahu diteruskan.

Beliau turut mempersoalkan adalah membalas dendam masih lagi menjadi ‘polisi senyap’ kerajaan PH.

“Kita semua masih ingat bagaimana Rafizi dengan bongkak mengugut akan ‘mencari’ penjawat awam yang menjalankan tugas mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, signal pertama institusi penting negara berada dalam keadaan bahaya adalah sekiranya ada pegawai kanan kerajaan, ditukar atau dihentikan atas sebab dendam politik kerajaan PH.

“Semoga Allah menjaga dan melindungi penjawat awam yang menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara serta agama dengan ikhlas dan berdedikasi,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, menyeru penjawat awam berganding bahu untuk bersama dalam satu pasukan bagi menyelamatkan dan mengangkat semula negara ini.

Anwar turut mengimbau pengalaman menyaksikan komitmen diberikan penjawat awam semasa beliau menerajui Kementerian Kewangan.

Katanya, ketika itu penjawat awam yang bertugas bersamanya bersemangat menyiapkan belanjawan negara, sehingga jam dua pagi tanpa sebarang keluhan. - Getaran 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad