web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamatkan Adik Dalam Kebakaran, Muhammad Danish Rayqal Dianugerahkan Pingat Hang Tuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 8:04AM

Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah - Gambar Facebook JKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah.

Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.

Penganugerahan itu bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.

Menurut JKM, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong.

Tiga kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan jiran mereka.

Muhammad Danish Rayqal ketika ditemui berkata dia tidak ingat sepenuhnya kejadian itu namun gembira kerana berjaya menyelamatkan adik-adiknya.

“Tak tahu nak buat apa-apa (ketika kejadian) tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang... jiran tolong,” katanya yang gembira menerima anugerah itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad