web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Komited Perjuang Isu Kesejahteraan Rakyat Palestin Di Persada Antarabangsa - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 7:05AM

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa.

Katanya, perkara itu dinyatakan beliau kepada mantan Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh dan pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al menerusi panggilan video diterimanya semalam.

Anwar kemudian berkongsi perbualannya itu menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

“Saya menerima panggilan video dari Ismail Haniyeh, mantan Perdana Menteri Palestinian National Authority (Pihak Berkuasa Palestin) tengah malam tadi (semalam) di rumah.

“Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri Ke-10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik.

“Senada dengan pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al yang menelefon saya sejurus kemudiannya, saya menegaskan bahawa Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa,” katanya.

Kelmarin, Getaran melaporkan, Ismail yang juga Ketua Biro Politik Hamas di Palestin menerusi suratnya, menzahirkan tahniah kepada Anwar dengan berharap sokongan pemimpin Malaysia itu terhadap perjuangan Palestin akan berterusan, sekali gus mendoakan kejayaan beliau dalam memimpin negara dan perjuangannya untuk memperkasakan Islam serta rakyat.

“Sambil kami mengucapkan tahniah, kami mengingati dengan penuh bangga akan pendirian anda untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang diberkati.

“Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dengan pendirian lebih berani dan tabah sehingga rakyat kami memperoleh hak penuh, negara kami dibebaskan daripada penjajahan kejam serta Palestin yang merdeka diwujudkan dengan Al-Quds sebagai ibu kota kekal,” katanya menerusi surat dikongsikan kepada media Malaysia.

Anwar, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Khamis lalu.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. – Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad