web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN-PH Terajui Kerajaan Pahang, Wan Rosdy Menteri Besar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 6:55PM

Dewan Negeri Pahang - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pahang menjadi negeri kedua yang menyaksikan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), selepas Perak, susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memperlihatkan tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah.  

Ia selepas Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan pembentukan kerajaan Pahang daripada kedua-dua gabungan tersebut.  

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Pemangku Raja Pahang juga berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang.

“Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap dan mendengar cadangan, usul serta hasrat pimpinan parti politik yang terlibat, susulan keputusan PRU-15 Dewan Negeri Pahang.  

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur daripada Parti BN dan PH,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata, Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan diadakan esok pada jam 11 pagi.  

“(Majlis) bertempat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur,” katanya.  

Media semalam melaporkan, PH Pahang sebulat suara bersetuju memberi sokongan secara rasmi kepada BN dalam membentuk kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata  persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat gabungan berkenaan semalam.  

Kerajaan Persekutuan dikenali Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini, dibentuk menerusi campuran, antara PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). - Getaran, 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar