web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


THI Mahu Lihat Negara Bersih

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 7:59AM

Puntung rokok yang berjaya dikumpul THI pada aktiviti yang dijalankan di Padang Ipoh, Sabtu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keinginan untuk melihat setiap pelusuk tempat bersih dan mengurangkan penggunaan plastik serta penyedut minuman dalam kalangan masyarakat membuatkan sekumpulan individu bangkit menubuhkan Trash Hero Ipoh (THI).

Ditubuhkan pada Januari 2019, THI kini sudah mempunyai seramai 790 ahli di setiap kawasan seluruh Perak, dan kumpulan ini akan bertindak untuk menjalankan aktiviti membersihkan sampah di semua lokasi tumpuan ramai.

Sehingga kini, sebanyak 83 aktiviti pembersihan sudah dijalankan kumpulan itu membabitkan kutipan 2.134 kilogram (kg) sampah, 24.229 kg barangan kitar semula serta 23,264 batang puntung rokok.

Sukarelawan bergambar bersama sampah yang berjaya dikumpul THI pada aktiviti dijalankan di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Sukarelawan bergambar bersama sampah yang berjaya dikumpul THI pada aktiviti dijalankan di Pantai Pasir Panjang, Segari.

Pengasasnya, Nor Hazira Jalik berkata, beliau menubuhkan cawangan THI selepas melihat kesungguhan beberapa ahli kumpulan itu dari cawangan lain yang begitu gigih mengutip sampah di tepi pantai.

Katanya, Trash Hero adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Switzerland dengan mempunyai beberapa cawangan di negara ini, bertujuan untuk menjalankan aktiviti pembersihan serta memberikan kesedaran kepada masyarakat.

“Kumpulan kami setiap minggu akan mengadakan aktiviti mengutip sampah serta kempen kesedaran mengenai plastik dan penyedut minuman namun sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), aktiviti kami agak terhad.

“Namun kini kami sudah mula kembali aktif dan menjalankan aktiviti dengan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) di Pantai Pasir Panjang, Segari, pada 3 April lalu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut Nor Hazira, polisi utama Trash Hero ialah tidak boleh mengutip sebarang sumbangan berupa wang ringgit daripada orang ramai untuk setiap aktiviti dijalankan.

Sampah-sampah yang dikumpulkan THI pada aktiviti dijalankan di Pantai Pasir Panjang, Segari.
Sampah-sampah yang dikumpulkan THI pada aktiviti dijalankan di Pantai Pasir Panjang, Segari.

Katanya, ini sebagai cara untuk Trash Hero mendidik setiap ahli agar lebih ikhlas dalam membuat amal kebaikan.

Namun, katanya, sekiranya ada yang ingin menyumbang, mereka boleh membuat tajaan dari segi makanan, pakaian atau peralatan diperlukan THI.

“Aktiviti kami berjalan setiap minggu dan ini membezakan kami dengan NGO-NGO lain kerana kami tidak akan menerima sebarang sumbangan berupa wang ringgit.

“Apa yang THI buat ini diharap akan memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk terus menjaga alam sekitar, tidak membuat pencemaran serta mengurangkan penggunaan plastik serta penyedut minuman,” katanya. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susah Sangat Ke Nak Cari Tong Sampah Tu?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Ingin Memiliki Dunia Yang Bersih? Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad