web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pejabat PM, Kementerian Dilarang Beli Kelengkapan Baharu, Jika Rosak Baiki’ – Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 11:40AM

Anwar Ibrahim menekankan tiada pembelian barang atau perabot baharu untuk pejabat Perdana Menteri, sebagai pesanan dan peringatan kepada kementerian lain supaya berjimat cermat - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan tiada pembelian barang atau perabot baharu untuk pejabat Perdana Menteri, sebagai pesanan dan peringatan kepada kementerian lain supaya berjimat cermat.

Beliau berkata, budaya itu perlu diterapkan dan tiada pembelian baharu dibuat, malah kementerian diberi ‘amaran’ untuk tidak menggunakan wang kerajaan bagi kepentingan masing-masing.

“Tidak ada pembelian (barang dan perabot) baharu daripada pejabat Perdana Menteri. Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan lain supaya ingat, dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baharu (berjimat cermat).

“Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita (jabatan dan kementerian),” katanya menerusi video dikongsikan di Facebook Parti Keadilan Rakyat.

Anwar berkata, budaya baharu itu adalah tindakan permulaan beliau untuk menjimatkan wang kerajaan dalam menyalurkan lebih banyak dana untuk membantu rakyat, selain kenyataannya sebelum ini tidak mahu mengambil gaji Perdana Menteri.

“Fikirkan yang boleh jimat RM100, RM1,000, RM 10,000 boleh dipulangkan kepada rakyat susah, tetapi jangan membazir,” tegasnya.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, menerusi pemerhatian sebelum ini, setiap kali Menteri bertukar kementerian, sejumlah wang akan dikeluarkan bagi memperbaiki dan membeli perabut baharu.

“Sefaham saya dari dahulu setiap menteri bila pindah tukar ke jabatan orang lain, (hampir) setengah juta ringgit, RM300,000 (dikeluarkan) untuk diperbaiki. Kerusi meja semua yang cantik,” jelasnya.

Pada masa sama, Anwar memaklumkan ada menerima laporan daripada pihak Pejabat Perdana Menteri berhubung kerosakan barang dan perabot bangunan itu, namun beliau meminta ia dibaiki sebaik mungkin tanpa menukar baharu.

“Mereka sebut bahawa karpet (di pejabat Perdana Menteri) ada yang pecah (rosak), takpa perbaiki sikit-sikit cukup, jangan beli baharu,” ujarnya.

Pagi ini, Anwar mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup bersama pengurusan jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya, memfokuskan kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat. 

Usaha awal itu adalah bagi melaksanakan manifesto pertamanya dan agenda paling utama sebagai ketua kerajaan dipimpinnya, iaitu mengurang kos sara hidup rakyat. - Getaran 27 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar