web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB Harap Loke Dilantik Sebagai Menteri Pengangkutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 7:04AM

Anthony Loke - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk  melantik Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan.

Presiden kesatuan itu Abdul Razak Md Hassan dalam kenyataan hari ini berkata sokongan terhadap Loke itu berdasarkan rekod prestasi beliau yang pernah memegang jawatan itu sebelum ini dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

“Pihak kesatuan turut percaya, sekiranya pelantikan Menteri Pengangkutan Malaysia ini dibuat kepada YB (Yang Berhormat) Anthony Loke, maka pengangkutan awam, khususnya akan menerima limpah kebaikan yang terutamanya membantu bagi peningkatan taraf pengangkutan awam yang lebih efisien," katanya.

Semalam, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama)  Datuk Abdull Rahim Saad dalam kenyataan berasingan berharap kepimpinan Anwar dapat beri fokus bagi membawa usahawan daripada golongan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) ke tahap yang lebih tinggi lagi serta ke persada dunia.

Menurut Abdull Rahim, Perdasama akan terus mengorak langkah menjalankan aktiviti ke seluruh dunia dalam membantu ahli mereka khususnya Bumiputera antaranya dengan menjalin hubungan perniagaan dan menganjurkan ekspo di Turkiye, selain menjalankan aktiviti mereka di China, Singapura, Indonesia, Perancis, Brunei dan United Kingdom.

"Sekali lagi kami warga Perdasama mendoakan kerajaan baharu bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dapat mengekalkan dan membangunkan lagi kemampanan ekonomi negara," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan