Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SM Faisal, Satu-Satunya Teman Lelaki Serius Emilia - Adik Emilia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 6:51PM

SM Faisal SM Nasimuddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin merupakan satu-satunya teman lelaki Emilia Hanafi yang beliau menjalin perhubungan yang serius, sepanjang zaman persekolahan mereka sehingga mereka berkahwin pada 2004.

Adik perempuan Emilia, Elisa Nani Hanafi, 38, berkata beliau mengenali SM Faisal pada usia 10 tahun melalui Emilia, ketika beliau datang ke rumah mereka bersama ibunya untuk menjemput Emilia. 

“Faisal bertemu Emilia melalui abang saya, Ezhan. Emilia dan Faisal ketika itu berusia 15 tahun manakala Ezhan setahun lebih muda. Pada ketika itu, Faisal tinggal di Damansara Jaya.

“Akhirnya kedua-dua keluarga kami menjadi rapat. Pada hujung minggu, saya dan adik perempuan bongsu sering mengikut Emilia melepak di rumah keluarganya atau keluar makan-makan bersama semua adik-beradiknya,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan SM Faisal yang didakwa mencederakan Emilia, yang merupakan bekas isterinya. 

Emilia Hanafi
Emilia Hanafi

Saksi pendakwaan keenam itu berkata dia juga bercuti bersama keluarga SM Faisal kerana dia tidak mempunyai rakan di Malaysia ketika itu.

"Saya akan meluangkan masa melepak bersama adik-beradik dan ibu bapanya (SM Faisal) terutama ibunya, Puan Sri Zaleha, yang saya panggil Aunty, Aunty Z, Aunty Leha atau mak dan beliau (Zaleha) sentiasa mengalu-alukan kami dan juga akan memasak makanan Melayu yang lazat untuk kami,” katanya sambil menambah bahawa sebelum itu dia dan keluarganya tinggal di Texas, Amerika Syarikat.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, saksi mengecam SM Faisal yang memakai kemeja-T putih dan Emilia di mahkamah.

Beliau berkata bapa SM Faisal meninggal dunia pada tahun 2008 dan beliau juga merasakan kehilangan itu kerana SM Nasimuddin atau Uncle Nasim, gelaran yang dipanggil oleh keluarganya adalah seseorang yang dihormatinya kerana menganggap seperti bapanya sendiri.

Elisa berkata Emilia dan SM Faisal berusia 25 tahun ketika mereka melangsungkan perkahwinan dan ketika itu dia belajar di Melbourne tetapi telah pulang untuk menghadiri majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan itu.

“Selepas Emilia melahirkan anak sulung pada 2006, saya baru sahaja kembali ke Malaysia dari Australia dan sering melawat Emilia dan keluarganya. Saya akan pergi ke kondominiumnya di Ampang setiap kali saya mahu bertemu dan bermain dengan anak saudara saya,” katanya.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 6 Disember. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Emilia Tarik Balik Kes, SM Faisal Dilepas Dan Dibebaskan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SM Faisal Dan Bekas Isteri Akan Berunding Selesai Kes Di Luar Mahkamah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Jual Makanan Untuk Tanggung 3 Anak - Emilia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SM Faisal, Caprice Bincang Selesai Kes Saman - Peguam

Sorotan

1

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

3

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

5

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

6

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

7

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM1.25 Juta: Reman 5 Polis Disambung Esok

Semasa 2 jam yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Luar Negara 2 jam yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung