Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar Permohonan Tommy Thomas Batal Saman Najib

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 2:39PM

Tuntutan yang dikemukakan oleh Najib Tun Razak selaku plaintif tidak boleh dipertahankan dan tidak ada sebab tindakan yang munasabah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache ketika membenarkan permohonan Thomas berkata tuntutan yang dikemukakan oleh Najib selaku plaintif tidak boleh dipertahankan dan tidak ada sebab tindakan yang munasabah. 

“Tuntutan ini adalah remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah. Sehubungan itu mahkamah membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan tuntutan itu,” katanya dan memerintahkan Najib untuk membayar kos RM12,000.

Ahmad Bache dalam penghakimannya berkata kes Najib masih berjalan manakala Thomas bukan lagi Peguam Negara.

Kes itu ialah 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ( AMLATFPUAA 2001).

Hakim itu berkata mahkamah mempertimbangkan pendapat bahawa punca tindakan salah guna kuasa dan proses yang dikatakan berniat jahat adalah tidak kukuh dan bukan pemula kerana Thomas tidak pun menjalankan pendakwaan bagi empat kes itu.

“Plaintif (Najib) boleh memfailkan saman jika beliau dibebaskan daripada semua kes tetapi kini kes masih belum selesai.

“Walaupun jika Thomas mempunyai agenda terhadap Najib, beliau tidak akan menjalankan pendakwaan terhadap plaintif. Oleh itu, bagaimana beliau boleh dikatakan telah melakukan salah guna (kuasa). Malah pengakuan dalam saman seperti yang disebut sebelum ini, tidak mendedahkan sebarang sebab tindakan yang munasabah,” katanya.

Hakim itu berkata sekiranya beliau membenarkan saman itu diteruskan, ia akan membuka laluan bagi empat lagi kes Najib untuk dibicarakan di mahkamah sivil berdasarkan imbangan pembuktian sivil walaupun perbicaraan jenayah bagi empat kes itu masih berjalan.

“Prosiding ini akan dilihat sebagai serangan terhadap empat kes itu. Malah, tuntutan ini tidak sepatutnya difailkan sama sekali, sebelum selesai perbicaraan empat kes itu. Ia juga telah mewujudkan kekeliruan dan pelanggaran bidang kuasa antara bidang kuasa sivil dan jenayah,” katanya sambil menambah bahawa permohonan Najib juga terlalu awal.

Hakim Ahmad berkata tiada keperluan untuk tuntutan itu dibicarakan secara penuh dan tiada sebab untuk Thomas hadir ke mahkamah memberi penjelasan.

Beliau seterusnya berkata Thomas mempunyai imuniti daripada disaman berdasarkan budi bicara yang diberikan kepadanya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kerana Thomas sebagai Pendakwa Raya diberi kuasa budi bicara yang luas dan dengan itu menikmati imuniti daripada sebarang prosiding terhadapnya,” kata hakim.

Hakim Ahmad menegaskan bahawa duluan undang-undang masih mengesahkan hakikat bahawa kuasa perlembagaan Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan atau menarik balik pertuduhan jenayah, bukanlah sesuatu yang boleh dicabar di mahkamah.

Hakim berkata Thomas dilantik sebagai Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya pada 4 Jun 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamed, bukannya peguam negara politik. 

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Yudistra Darma Dorai mewakili Najib manakala Alan Adrian Gomez mewakili Thomas.

Thomas, melalui notis permohonan untuk membatalkan saman itu yang difailkan pada 18 Nov 2021, antara lain mendakwa jika saman Najib diterus dan dibicarakan, ia akan menyebabkan kes jenayah yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi tergendala.

Pada 22 Okt 2021, Najib memfailkan saman tersebut yang mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia selari dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Najib, 69, mendakwa beliau telah dituduh secara salah di mahkamah dalam kes yang membabitkan 1MDB, IPIC, salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009 serta pengubahan wang haram di bawah AMLATFPUAA 2001.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk fi rundingan untuk pasukan audit bagi menyemak dokumentasi dalam penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 4 minggu yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Luar Negara 11 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 8 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy