web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tahniah Anwar’, PDRM Komited Tahap Keselamatan Negara Terjamin - Acryl Sani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 11:32PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan terus komited dalam memastikan tahap keselamatan di negara ini kekal terjamin.

“PDRM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“PDRM sebagai institusi keselamatan negara akan terus memberikan komitmen dalam memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam kekal terjamin di bawah pentadbiran Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Acryl Sani meminta kerjasama semua pihak untuk menerima baik proses demokrasi tanpa perlu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat, sepanjang proses peralihan kepimpinan kerajaan.

“Orang ramai diminta tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan berkaitan politik di tempat terbuka, demi keselamatan dan ketenteraman awam.  

“Pengguna dan pemilik akaun media sosial turut dinasihatkan untuk menjaga adab serta tingkah laku dalam mengeluarkan sebarang paparan yang boleh mencetuskan kegusaran pada masyarakat di negara ini,” katanya.

Tegasnya, PDRM kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab bagi menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang, demi kesejahteraan masyarakat serta negara. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi