web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Jamin Kerajaan Perpaduan Pertahan Perlembagaan, ‘Tiada Terpinggir Bawah Pentadbiran Saya’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 11:22PM

Anwar berkata, pentadbirannya ditubuhkan merangkumi tiga komponen parti, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan GPS Sarawak. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang media sulungnya selepas dilantik memegang jawatan itu, memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan dipimpinnya, akan melahirkan Malaysia yang lebih sempurna, maju dan memenuhi kehendak semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, pentadbirannya ditubuhkan merangkumi tiga komponen parti, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan GPS Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak akan bertoleransi dengan isu rasuah dan mahu menggalakkan ekonomi rakyat serta negara.

“Saya sebagai Perdana Menteri, sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Komitmen pertama saya selepas membentuk kerajaan adalah untuk memulihkan ekonomi dan menaikkan ringgit.

“Fokus utama ialah ekonomi. Saya bersyukur kerana ringgit lebih kuat dan bursa saham lebih kuat,” katanya.

Anwar dikerumuni penyokong ketika tiba di sidang media di Sungai Long Golf and Country Club. - Gambar oleh Sairien Nafis
Anwar dikerumuni penyokong ketika tiba di sidang media di Sungai Long Golf and Country Club. - Gambar oleh Sairien Nafis

Anwar berkata, kerajaannya akan mempertahan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga taraf istimewa orang Melayu, Raja-Raja, bahasa Kebangsaan serta Islam.

Katanya, beliau juga tegas dalam usaha memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan dan hak istimewa orang melayu serta Raja-Raja.

Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, perkara berkenaan sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, selain meletakkan kedudukan Raja-Raja Melayu di peringkat tinggi.

“Saya menegaskan bahawa PH dan sekarang ini Kerajaan Perpaduan akan tetap menjunjung semangat Perlembangaan,” tegasnya.

Anwar akan tegas dalam usaha memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. - Gambar oleh Alif Omar
Anwar akan tegas dalam usaha memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. - Gambar oleh Alif Omar

Pada sidang akhbar kira-kira 20 minit itu, Anwar mengumumkan berita ditunggu rakyat, iaitu cuti peristiwa pada Isnin depan, susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (tubuhkan kerajaan) dan (kini) kita sudah bereskan, Alhamdulillah.

“Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan, iaitu Isnin,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, seperti pendirian ditetapkannya sebelum ini, beliau tidak akan menerima sebarang gaji sebagai Perdana Menteri.

Menerusi sidang media itu, Anwar berkata, pentadbirannya akan membentangkan bajet baharu atau semakan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai kerjasama ekonomi dengan pihak luar, Ahli Parlimen Tambun itu memberi jaminan akan mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara jiran, termasuk China untuk kekal sebagai rakan perdagangan penting kepada Malaysia.

Anwar mengakhiri sidang medianya dengan melaungkan ‘reformasi, lawan sampai menang, kita sudah menang’ dengan diiringi tepukan gemuruh daripada orang ramai. - Gambar oleh Alif Omar
Anwar mengakhiri sidang medianya dengan melaungkan ‘reformasi, lawan sampai menang, kita sudah menang’ dengan diiringi tepukan gemuruh daripada orang ramai. - Gambar oleh Alif Omar

“Tiada yang akan terpinggir di bawah pentadbiran saya,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan beliau sebagai Perdana Menteri, selain penghargaan untuk kepimpinan Parti Amanah Negara (AMANAH), DAP dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail atas sokongan tidak berbelah bahagi.

Anwar mengakhiri sidang medianya dengan melaungkan ‘reformasi, lawan sampai menang, kita sudah menang’ dengan diiringi tepukan gemuruh daripada orang ramai. - Getaran 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad