Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Instafamous Dan Suami Dipenjara, Denda Kerana Bagi Maklumat Palsu Rentas Negeri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 3:41PM

Instafamous, Azharique Shah Abdul Jalil dan suami, Iram Naz Hafiz Sabir dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memberi maklumat bertulis palsu kepada polis, bulan lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang instafamous dan suami yang tular di media sosial kerana merentas negeri untuk berbulan madu, masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memberi maklumat bertulis palsu kepada polis, bulan lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, di sini pada 2 petang, 15 Mac lepas.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari  ini dan mereka akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut. Pasangan itu membayar denda tersebut.

Pasangan usahawan produk berasaskan inai itu didakwa bersama-sama telah memberi maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Polis Wangsa Maju iaitu ASP Fairul Nizam Anuar semasa membuat permohonan untuk permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri Johor, yang mereka mengetahui bahawa maklumat itu tidak benar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan dibaca bersama-sama Sekyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehinga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pasangan itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda minimum atas alasan mereka adalah penanggung utama keluarga.

“Sebelum ini, kami cuba untuk menukar penginapan ke tarikh lain tetapi pihak hotel tidak dapat mengembalikan deposit. Disebabkan perkara itu, kami meneruskan perjalanan ke sana.

“Kami memohon tidak dikenakan hukuman berbentuk pemenjaraan. Kami menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama,” kata Iram Naz.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar pula memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pemenjaraan, mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi faktor kepentingan peribadi kedua-dua tertuduh.

“‘Instastory’ yang dibuat oleh tertuduh pertama (Iram Naz) mengandungi perkataan yang tidak patut ditulis kerana PKPB turut memberi kesan terhadap ramai orang yang tidak boleh merentas negeri.

"Walaupun kelonggaran diberi namun ia bukan untuk tujuan lain, maka saya mohon semua pihak mengambil serius perkara ini agar tidak mengulangi kesalahan sama. Selain itu, statistik terkini kes COVID-19 juga semakin tinggi,” katanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Wong berkata tindakan kedua-dua tertuduh memberi contoh yang buruk kepada masyarakat kerana menyalah guna kelonggaran yang diberikan (untuk merentas negeri).

“Alasan bahawa tempahan tidak dapat dibatal atau wang tidak dapat dikembalikan, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kamu meneruskan perjalanan. 

“Jika urusan pekerjaan, perlu dinyatakan secara jelas kepada pihak polis. Walaupun kamu ada alamat di sana, tetapi dalam ‘instastory’ menunjukkan kamu berada di tempat lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 14 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah