web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Nak Tengok Wayang, Nah Popcorn’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 5:40PM

Anwar menunjukkan ketenangannya apabila berjenaka dengan pengamal media. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Di kala negara berdepan saat getir menanti siapakah yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan ketenangannya apabila berjenaka dengan pengamal media.

Ini ialah kali kedua Anwar menunjukkan sisi santainya sejak semalam, ketika ditemui selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, apabila secara bersahaja berkata, terdapat kekosongan jawatan Perdana Menteri yang terbuka untuk permohonan.

Hari ini, beliau sekali lagi berjenaka dengan pengamal media yang menunggu di depan pejabatnya di Jalan Gasing, apabila memberitahu mahu menonton wayang ketika keluar meninggalkan pejabatnya.

“Nak tengok wayang, nah ‘popcorn’,” katanya ringkas ketika meninggalkan pejabatnya sebentar tadi sambil memberikan bertih jagung kepada pengamal media.

Bertih jagung yang diberikan kepada pengamal media oleh Anwar Ibrahim. - Gambar oleh Adam Ayyzat
Bertih jagung yang diberikan kepada pengamal media oleh Anwar Ibrahim. - Gambar oleh Adam Ayyzat

Pada sebelah pagi, Anwar juga menggunakan jenaka sama ketika ditemui pengamal media untuk meninggalkan rumahnya di Sungai Long, Kajang.

‘Makan popcorn’ adalah istilah yang sering digunakan netizen, khususnya generasi muda ketika menyaksikan apa sahaja ‘drama’ di media sosial.

Terdahulu, kepemimpinan tinggi PKR dilihat masuk ke pejabat Anwar, antaranya Timbalan Presiden, Rafizi Ramli; Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil; Ketua AMK, Adam Adli dan beberapa pimpinan lain.

Bagaimanapun, tiada maklumat diperoleh berhubung mesyuarat yang diadakan mereka setakat ini.

Anwar adalah calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH) yang kini sedang ‘berlumba’ dengan calon Perdana Menteri Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan