web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelembapan Pengedaran Vaksin COVID-19 Disebabkan Oleh Kerajaan, Kata Anwar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 5:10PM

Anwar berkata yang mekanisme perolehan vaksin di negara ini sepatutnya dipersiapkan dengan lebih awal lagi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keinginan kerajaan untuk mengawal proses vaksinasi dari awal hingga akhir harus dipersalahkan untuk kelewatan yang tidak sepatutnya dalam perolehan dan pengedarannya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu juga terganggu dengan prestasi Perikatan Nasional (PN) yang disifatkannya sebagai tidak dapat dimaafkan.

Beliau juga menambah, mekanisme perolehan vaksin di negara ini sepatutnya dipersiapkan dengan lebih awal lagi, lapor The Vibes.

“Saya turut mendapat aduan daripada beberapa syarikat swasta dan yayasan bahawa permintaan dan usaha mereka untuk mendapatkan vaksin tidak dihiraukan sama sekali.”

Anwar juga menarik perhatian kepada usaha beberapa kerajaan negeri, syarikat swasta dan yayasan yang cuba mendapatkan vaksin yang diluluskan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - sebagai tindak balas kepada ketidakcekapan kerajaan - telah ditemukan dengan halangan dan penangguhan daripada kementerian yang terbabit.

“Kerajaan negeri Selangor misalnya, terpaksa menunggu berbulan lamanya hanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan, meskipun mereka telah memperuntukkan dana sendiri untuk mendapatkan 2 juta dos buat rakyat Selangor.

“Kerajaan negeri Sarawak turut menghadapi nasib yang sama dalam mendapatkan kelulusan daripada kerajaan persekutuan.

“Saya turut mendapat aduan daripada beberapa syarikat swasta dan yayasan bahawa permintaan dan usaha mereka untuk mendapatkan vaksin tidak dihiraukan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Terdapat ratusan ribu, bahkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang sanggup membayar sejumlah wang agar dapat divaksin, sama ada di hospital atau klinik swasta.”

Anwar berkata, kerajaan tidak perlu untuk melibatkan diri dalam setiap peringkat proses vaksinasi, dan menyatakan yang setiap negeri memiliki jaringan dan kemampuan tersendiri untuk memperolehi vaksin, manakala syarikat swasta juga bersedia untuk berbelanja besar untuk memvaksin para pekerja dan keluarga mereka.

“Ada juga yayasan dan pertubuhan kebajikan yang bersedia menyokong usaha-usaha vaksinasi di kawasan setempat. Terdapat ratusan ribu, bahkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang sanggup membayar sejumlah wang agar dapat divaksin, sama ada di hospital atau klinik swasta.

“Jika kini kita menggunakan pendekatan yang melibatkan semua, mengapa tidak kita manfaatkan sumber yang ada secara menyeluruh?

“Kadar vaksinasi kita boleh bertambah dua atau tiga kali ganda lebih pantas daripada kadar sekarang.”

“Sekiranya pemain-pemain ini diberikan galakan dan kelulusan yang diperlukan dengan kadar segera, bekalan terhad yang kini dimiliki kerajaan pusat boleh terus disalurkan kepada golongan miskin dan yang terpinggir serta mereka yang amat memerlukannya bagi memastikan akses yang pantas dan saksama kepada vaksin.

“Dengan itu, kadar vaksinasi kita boleh bertambah dua atau tiga kali ganda lebih pantas daripada kadar sekarang, yang ternyata begitu lesu,” katanya.

Disebabkan perkara ini, Anwar memanggil untuk satu penyiasatan bebas dilakukan di bawah naungan Parlimen mengenai sebab-sebab kesulitan perolehan, dan agar kerajaan persekutuan segera dan sepenuhnya menyokong usaha negeri dan sektor swasta untuk mendapatkan vaksin.

Kenyataan Anwar itu dibuat setelah timbul kemarahan orang ramai terhadap kelembapan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia yang hanya tiga peratus.

Berbagai pihak telah mengkritik kerajaan, menyatakan yang proses vaksinasi negara ketinggalan di belakang negara-negara jiran.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan pada minggu lepas yang bekalan vaksin akan berlebihan berbanding permintaan pada Jun - yang akan mempercepatkan kadar vaksinasi – yang dijangkakan melebihi 80 peratus daripada populasi penduduk negara pada Oktober

Kerajaan sebelum ini berkata yang ia menjangkakan dapat memberi vaksin kepada 80 peratus rakyat Malaysia pada Februari 2022. - Getaran, 20 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad