web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiba Masa UMNO, BN Berhenti Khianati Mandat Rakyat, Pemimpin Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 10:39AM

Pihak yang boleh membawa saga terkini politik negara kepada penghujungnya ialah Barisan Nasional (BN) yang merupakan ‘kingmaker’ - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang semakin berpanjangan ekoran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu lalu, perlu dibawa ke garis penamatan hari ini.

Kestabilan ekonomi dan pemeliharaan hubungan rapat antara masyarakat majmuk perlu dikekalkan, malah dieratkan lagi apabila kerajaan baharu dibentuk nanti.

Pihak yang boleh membawa saga terkini politik negara kepada penghujungnya ialah Barisan Nasional (BN) yang merupakan ‘kingmaker’.

Dengan 30 kerusi, BN boleh membantu Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 82 kerusi untuk membentuk kerajaan atau Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 73 kerusi.

Untuk membuat keputusan ini, BN perlu ingat balik kepada pentadbirannya bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Selepas membantu menggulingkan kerajaan PH yang dipilih rakyat pada PRU-14 dan meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, BN menggulingkan Muhyiddin pula dan membentuk kerajaan baharu dinaungi UMNO dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri - Gambar Fail Bernama
Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri - Gambar Fail Bernama

Kini, beberapa ahli BN, terutamanya UMNO berhasrat sekali lagi untuk menubuhkan kerajaan diterajui Muhyiddin. Apa agaknya kesudahan pakatan ini?

Namun hasrat tersebut akan lebih sukar dicapai kerana ahli BN dan UMNO ini sudah menandatangani surat aku janji yang dikemukakan kepada Presiden serta Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Surat ini memberi mandat dan kuasa kepada Ahmad Zahid untuk berunding dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan pasca PRU-15.

Namun, apabila Ahmad Zahid memutuskan untuk berunding dengan PH, ramai ahli UMNO dan BN menumpukan fokus masing-masing pula terhadap menggulingkan Presiden mereka sendiri.

Ada pemimpin UMNO yang menyifatkan prestasi terburuk BN di PRU-15, sebagai mandat rakyat untuk parti itu menjadi pembangkang.

Ada pemimpin UMNO yang menyifatkan prestasi terburuk BN di PRU-15, sebagai mandat rakyat untuk parti itu menjadi pembangkang - Gambar Fail
Ada pemimpin UMNO yang menyifatkan prestasi terburuk BN di PRU-15, sebagai mandat rakyat untuk parti itu menjadi pembangkang - Gambar Fail

Kalau BN benar-benar jujur untuk menghormati mandat rakyat, ia tidak akan berkomplot untuk merampas kuasa dan menjadi kerajaan pintu belakang atau tebuk atap, label yang kini digunakan untuk merujuk kepada BN.

Mandat majoriti rakyat telah diberikan kepada PH untuk mentadbir. Mandat ahli parlimen UMBO dan BN juga diberi kepada Ahmad Zahid untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan.

Tiba masanya UMNO dan BN berlaku jujur serta ikhlas, selain berhenti kecenderungannya untuk mengkhianati rakyat dan pemimpin mereka sendiri.

Penulis, Mohd Rafee Abdul Aziz adalah pembaca Getaran

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Musa Aman Bukan Bakal Ketua Kami - PH Sabah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Selamat, Kereta Terbabas Berhampiran Empangan Bakun

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kemenangan PRK Pulai, Simpang Jeram Perkembangan Positif Untuk Kerajaan Perpaduan - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Pengalaman Di MPM Bantu Calon Atasi Masalah Penduduk Setempat

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad