web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRK: Pengalaman Di MPM Bantu Calon Atasi Masalah Penduduk Setempat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 12:27PM

Calon Pakatan Harapan, Ir Nazri Abdul Rahman (dua, kiri) beramah mesra dengan golangan peniaga muda ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Medan Selera Jalan Pesta Baru malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman menyifatkan pengalaman yang ada ketika berkhidmat sebagai jurutera selama 30 tahun di Majlis Perbandaran Muar (MPM), kelebihan untuknya menyalurkan sesuatu permasalahan rakyat dengan lebih mudah dan tepat. 

Nazri berkata melalui pengalaman itu, beliau tahu saluran yang tepat untuk merujuk sebarang aduan rakyat sama ada ke Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran atau agensi lain yang berkaitan.

“Secara tidak langsung kita salur masalah ke tempat yang betul, kalau tidak pengadu tak tahu saluran mana nak pergi, kadang-kadang terus direct takut tak sampai pada jabatan sepatutnya.

“Kebetulan saya bekas kakitangan awam di MPM dan semua ketua jabatan adalah sahabat saya, kami selalu berkongsi dan berbincang mengenai permasalahan ini dan dengan ada kelebihan ini, saluran lebih mudah,” katanya dalam temu bual dengan BERNAMA. 

Nazri yang memiliki Sarjana Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) berkata sewaktu di MPM, beliau sendiri sering menerima aduan daripada pemimpin setempat seperti wakil rakyat, penghulu dan ketua yang mengadu tentang masalah banjir kilat dan jalan rosak. 

“Seboleh-bolehnya pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk saya cuba selesaikan masalah secepat mungkin, bila kita dapat selesaikan masalah rakyat dan pengadu dengan cepat sudah tentu sebagai PBT kita dapat laksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri berkata isu perparitan dan banjir kilat yang dihadapi di sesetengah kawasan tanah rendah terutamanya di kawasan perumahan lama seperti di Taman Temiang Jaya dan Taman Seri Mulia, Sungai Abong, tidak hanya dapat diselesaikan dengan cara membina parit-parit baharu.

Katanya, berdasarkan dapatan kajiannya setakat ini, rekod menujukkan trend peningkatan tiga milimeter setahun aras laut di Sungai Muar yang memungkinkan masalah banjir kilat menjadi lebih teruk jika tidak diatasi segera. 

“Kadang-kadang kita beranggapan naik taraf sistem perparitan akan menyelesaikan masalah, sepanjang saya bertugas sebagai jurutera, sejak 2010 saya laksana projek atasi masalah banjir, dengan peruntukan yang ada di Muar hampir keseluruhan sistem perparitan kita sudah naik taraf.

“Tapi masalahnya kekerapan banjir masih berlaku di kawasan tanah rendah dan ada juga kawasan ini yang kita tak boleh naikkan tanah kerana di situ ada pembangunan,” katanya. 

Disebabkan itu, beliau berkata dapatan kajian peringkat doktor falsafah memfokuskan kepada isu banjir kilat dan banjir monsun yang sedang disiapkannya sekarang amat penting dalam mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang kepada permasalahan berkenaan. 

“Bila masalah banjir ini selesai kita harapkan kawasan-kawasan terutama di Sungai Abong ini, penduduk akan lebih selesa dan ekonomi boleh dijalankan dengan lebih baik,” katanya. 

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi