web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Selamat, Kereta Terbabas Berhampiran Empangan Bakun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 6:11PM

Senator Abun Sui Anyit terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas trak pikap dipandunya terbabas di KM65 Jalan Bakun, malam semalam. gambar Abun Sui Anyit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Senator Abun Sui Anyit dilaporkan selamat selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bakun, berhampiran Empangan Bakun, malam semalam.

Kemalangan berlaku apabila trak pikap yang dipandunya terbalik selepas terlanggar lubang, menyebabkan ia terbabas ke dalam semak.

Bagaimanapun, Abun dan beberapa penumpang yang menaiki kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya hanya memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam dari Bakun menuju ke Bintulu malam tadi.

"Namun, setibanya di KM65 Jalan Bakun, kenderaan saya terbabit kemalangan selepas terlanggar lubang ketika ingin mengelak lopak air.

"Saya hanya memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam tetapi kejadian ini masih berlaku.

"Saya bernasib baik kerana masih hidup, begitu juga rakan-rakan saya tetapi penduduk Bakun memaklumkan saya baru-baru ini bahawa ada dua kematian membabitkan kemalangan seperti ini di Jalan Bakun.

"Keadaan jalan yang teruk di kawasan pedalaman Sarawak sudah menyebabkan ramai penduduk maut.

"Oleh itu, kementerian dan jabatan berkaitan di peringkat negeri serta persekutuan mesti memberikan perhatian segera kerana masalah ini sudah berlarutan sejak beberapa dekad lalu," katanya.

Abun yang juga Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak berkata kunjungannya ke Bakun adalah bagi bertemu dengan penduduk kawasan itu.

"Jabatan Kerja Raya perlu segera memperbaiki mana-mana bahagian Jalan Bakun yang rosak," katanya yang berasal dari Belaga, iaitu daerah yang menempatkan Empangan Bakun.

Laluan dari Bakun menuju Bintulu sejauh 200 kilometer itu dibina pada 1996 susulan pembinaan Empangan Bakun.

Bagaimanapun, keadaannya tidak selamat untuk dilalui kerana terdapat banyak lubang akibat hakisan serta tanah runtuh dan ia dipercayai turut menjadi laluan utama aktiviti pembalakan dan perladangan. - The Vibes, 10 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran