KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau ialah calon tunggal Perdana Menteri dalam rundingan bersama dengan Barisan Nasional (BN).
Anwar yang juga Presiden PKR memberitahu, BN tidak mencadangkan nama lain dalam perbincangan bersama gabungan itu.
“Pilihan utama saya untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, biar saya jadi Perdana Menteri dahulu,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk menghantar surat akuan bersumpah (SD) susulan pelanjutan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Sepertimana yang kita tahu ada yang telah menandatangani di sebelah sana sebelumnya. Nampak ia telah dimaklum melanggar perjanjian dengan BN,” katanya.
Ditanya berhubung pendirian mantan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menolak kerjasama dengan PH dan DAP, Anwar menegaskan bahawa kerajaan bakal ditubuhkan adalah kerajaan perpaduan (unity government).
“Dia menolak PH dan DAP kerana mungkin ingat kerajaan DAP atau kerajaan PH. Ini sebaliknya sebuah gabungan kerajaan perpaduan,” katanya. - Getaran, 21 November 202

.jpg)