web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan KKM Manipulasi Jumlah Kes Positif COVID Tidak Berasas - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 7:59AM

Ismail Sabri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan segelintir pihak bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanipulasi jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini adalah tidak berasas.

Beliau berkata isu itu tidak timbul kerana KKM menerima laporan daripada setiap jabatan kesihatan negeri mengenai kes COVID-19 di lokasi masing-masing setiap hari.

“Saya tidak tahu daripada mana mereka mendapat laporan (manipulasi data) kes COVID-19 ini. KKM akan maklumkan jumlah kes positif harian setiap pukul 12 tengah hari, hasil daripada jumlah yang diberikan oleh setiap negeri,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa berbuka puasa bersama warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) di Port Dickson, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan KKM memanipulasi data peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Katanya penggunaan hospital, katil di hospital serta kemasukan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) bertambah, maka ia menunjukkan ada peningkatan kes COVID-19. 

Katanya peningkatan kes tidak hanya berlaku di negara ini sahaja tetapi di seluruh dunia malah beberapa negara di benua Eropah telahpun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan peningkatan kes.

Ismail Sabri turut mengulangi rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  walaupun kerajaan melonggarkan beberapa  ketetapan.

Beliau sekali lagi mengingatkan sebarang dakwaan tidak benar mengenai isu COVID-19 boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis.- Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad