web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Cuaca Buruk, 11 Pusat Mengundi Parlimen Baram Digantung – SPR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 6:03PM

Keadaan banjir di pusat pengundian Parlimen Baram di Long Bemang, Baram, Sarawak - Gambar JBPM Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggantung proses mengundi di 11 pusat pengundian di Parlimen Baram, Miri berikutan keadaan cuaca yang semakin buruk di kawasan terbabit.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan cuaca buruk menyebabkan petugas tidak dapat tiba ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Justeru katanya, tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan diumumkan kemudian selepas keadaan selamat untuk petugas dan pengundi menjalankan pengundian.

 

Tempat mengundi yang digantung adalah seperti berikut:

1.Kebangsaan (SK) Long Naah (saluran 1 dan 2),

2.SK Long Luteng (Saluran 2)

3.Rumah Panjang TK Matthew Belulok Lalo Kampung Lepo Gah (Saluran 1 dan 2)

4.SK Long Sait (Saluran 2)

5. SK Long Tungan (Saluran 1 dan 2)

6. SK Long Moh (Saluran 1 dan 2)

7.SK Long Mekabar (Saluran 1)

8.SK Long Jekitan (Saluran 1 dan 2)

9.SK Long Lamei (Saluran 2)

10.SK Lio Mato (Saluran 1 dan 2)

11.SK Long Banga (Saluran 1 dan 2).

Proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bermula pagi ini, dengan pembukaan 8,958 pusat mengundi, termasuk di Sabah dan Sarawak, yang dibuka 30 minit lebih awal. 

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah.

Disifatkan sebagai paling sengit dalam sejarah, PRU-15 dikendalikan 363,515 petugas, melibatkan 38,348 saluran.

Ia disertai empat gabungan parti politik utama terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menentukan kerajaan baharu yang bakal mentadbir negara.

Untuk Semenanjung Malaysia, tempoh mengundi ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala 7.30 pagi hingga 5.30 petang untuk penduduk Sabah dan Sarawak.

SPR pada 20 Oktober lalu mengumumkan, PRU-15 merekodkan kira-kira 22,173,638 pengundi berdaftar di seluruh negara. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar