Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tarikh Baharu Pilihan Raya DUN Tioman Ditetapkan Pada 7 Disember

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 2:50PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 24 November, manakala hari mengundi awal pada 3 Disember - Gambar Hiasan oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang yang tidak berlangsung hari ini berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli awal pagi tadi, akan diadakan pada 7 Disember ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 24 November, manakala hari mengundi awal pada 3 Disember.

Beliau berkata SPR menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rompin hari ini berhubung kematian calon PN berkenaan.

“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November hingga pukul 11.59 malam, 6 Disember,” katanya.

Ini bermakna, PRU-15 bagi DUN Tioman diadakan serentak dengan Parlimen Padang Serai susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M. Karupaiya yang juga penyandang kerusi itu, pada Rabu lepas.

Bagi hari penamaan calon PRU-15 DUN Tioman itu, Abdul Ghani berkata calon-calon yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon (PPC) bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.

Bakal calon baharu yang ingin bertanding pula hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon, penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan di PPC yang ditetapkan SPR.

Menurut Abdul Ghani, urusan permohonan undi pos dibuka bermula hari ini dan ditutup pada 22 November. 

Katanya, permohonan undi pos bagi Kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media), hendaklah dibuat secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun daripada portal rasmi SPR menerusi https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Parlimen Rompin.

Permohonan undi pos kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C agensi/organisasi) pula dilaksanakan secara dalam talian.

Md Yunus, 61, meninggal dunia pada kira-kira 3.30 pagi tadi di Hospital Rompin - Gambar Fail
Md Yunus, 61, meninggal dunia pada kira-kira 3.30 pagi tadi di Hospital Rompin - Gambar Fail

Abdul Ghani berkata SPR melantik Pegawai Daerah Rompin Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek sebagai pegawai pengurus pilihan raya, manakala Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin akan digunakan sebagai PPC dan pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU).

Seramai 429 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU-15 DUN Tioman itu di 17 pusat mengundi biasa yang mengandungi 52 tempat mengundi (saluran) dan dua pusat mengundi awal yang mengandungi dua saluran awal. 

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 19 buah dengan 54 tempat mengundi (saluran). PRU-15 Bahagian Pilihan Raya DUN Tioman ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM3 juta,” katanya.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk pilihan raya itu mengandungi seramai 28,465 pemilih yang terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. DPPR itu dijadualkan mula dijual pada 23 November.

Md Yunus, 61, meninggal dunia pada kira-kira 3.30 pagi tadi di Hospital Rompin, dan menyebabkan SPR Pahang memaklumkan proses pengundian bagi kerusi DUN berkenaan sempena PRU-15 hari ini, ditangguh.

Pada PRU-15, DUN Tioman sepatutnya melibatkan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Md Yunus yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman, pernah bertanding di kerusi sama pada PRU-14. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

2

Politik 3 minggu yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Bekas Pemain Dram Kumpulan Cromok Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Semasa 15 jam yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus