web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Tidak ‘Lembap’ Jalankan Program Imunisasi COVID-19 - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 4:29PM

Khairy berkata program vaksinasi Malaysia sama seperti kaedah yang digunakan di luar negara seperti di United Kingdom. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia tidak ‘lembap’ dalam menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin yang berkongsi jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini kini berjumlah 1,144,841 dos daripada 1,559,540 jumlah dos yang telah dihantar.

Dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan program itu di sini hari ini, Khairy berkata seramai 701,812 individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini, dan 443,029 individu pula telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.

Mengenai persoalan ramai pihak mengenai kadar vaksinasi Malaysia yang dikatakan lambat walaupun negara menerima bekalan vaksin COVID-19 secukupnya, beliau berkata kerajaan memahami kegusaran rakyat yang masih menunggu untuk divaksinasi namun mereka perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan.

“Sudah dimaklumkan setiap daripada mereka perlu menunggu giliran dalam fasa yang ditetapkan, seperti fasa pertama untuk barisan petugas hadapan, fasa kedua untuk golongan warga emas dan sebagainya. Kita mesti patuh kepada fasa yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing,” katanya.

Menurut Khairy, program vaksinasi Malaysia yang dijalankan mengikut jadual atau fasa adalah seperti kaedah yang digunakan di luar negara seperti United Kingdom (UK) yang menggunakan jadual umur di negara itu.

Namun di UK hanya akan membuka pendaftaran vaksinasi ketika seseorang itu layak menerima vaksin mengikut umur yang ditetapkan, manakala di Malaysia membuka peluang pendaftaran untuk vaksinasi kepada semua rakyat Malaysia sejak awal tidak kira umur atau pecahan kategori, katanya.

Setakat ini, katanya seramai 8,992,832 individu telah mendaftar di aplikasi MySejahtera, dengan jumlah warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar ialah 1,438,974 orang, orang kurang upaya (136,798 orang) dan individu berpenyakit kronik seramai 2,029,297 orang.

Menurut Khairy, negeri paling tinggi dengan pendaftaran menerima vaksin ialah Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dengan pencapaian ratio sebanyak 98 peratus, diikuti Selangor dan WP Kuala Lumpur masing-masing 50 peratus, Pulau Pinang (45 peratus) dan Negeri Sembilan 44 peratus.

Mengenai bekalan vaksin pula, beliau berkata Malaysia akan menerima bekalan tambahan vaksin Pfizer-BioNTech sebanyak 128,700 dos pada 21 April ini, diikuti 36,270 dos pada 22 April dan 12,870 dos pada 23 April. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

4

Politik 2 tahun yang lalu

‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad