web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Tarik Diri Sokong Anwar, Gelaran Profesor Wajar Digunakan Selepas Bersara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 9:00PM

Dr Saadiah Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gerakan 70 Profesor Melayu atau dikenali sebagai G70 Profesor Melayu mengesahkan dua individu menarik diri daripada deklarasi menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Koordinator G70 Profesor Melayu, Dr Saadiah Mohamad berkata, dua individu terbabit adalah Profesor Dr Ishak Yussof dan Profesor Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi.

Katanya, susulan penarikan diri itu, nama kedua-dua mereka sudah dikeluarkan daripada senarai mendukung deklarasi dan seruan gerakan terbabit kepada rakyat Malaysia bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang diumumkan semalam.

“G70 Profesor Melayu telah mengeluarkan nama mereka dalam senarai nama pendukung Deklarasi 70 Profesor Melayu.

“Senarai terkini boleh disemak di laman sesawang: http://g70prof.com,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, G70 Profesor Melayu menerima sambutan baik daripada masyarakat terhadap pendirian menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

“Seluruh rakyat Malaysia perlu memanfaatkan ruang PRU-15 untuk memilih kerajaan yang berwibawa dan berintegriti di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, gerakan itu menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Jurucakap Deklarasi G70 Profesor Melayu, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud, berkata Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

Semakan Getaran di laman sesawang http://g70prof.com mendapati seramai 71 menyatakan deklarasi berkenaan selepas dua daripadanya menarik diri.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pertikaian penggunaan gelaran profesor oleh ahli gerakan itu selepas bersara, Saadiah menjelaskan mereka sudah tentunya masih mengekalkan tahap keilmuan dan kesarjanaan masing-masing.

Justeru katanya, sifat dan ciri seorang profesor itu masih kekal, malah diperkayakan lagi dengan pengalaman yang sebegitu lama.

“Tambahan lagi kerana tidak lagi terkekang dengan birokrasi jawatan rasmi profesor oleh mana-mana institusi, mereka akan mengambil sikap lebih bebas daripada sebarang pengaruh partisan dalam mengemukakan sebarang pandangan.

“Pendirian mereka hanya diasaskan atas ilmu, pengalaman dan hikmah yang ada pada dirinya. Dari aspek teknikal, jawatan profesor untuk universiti awam adalah jawatan yang diwujudkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui gred VK7, VK6 atau VK5,” katanya.

Malah beliau berkata, Profesor yang bersara diberikan Kad Pesara JPA rasmi yang mengekalkan gelaran tersebut.

“Dimaklumkan juga Kad Pesara rasmi yang dikeluarkan universiti turut mengekalkan penggunaan gelaran profesor itu.

“Amalan ini juga selaras dengan amalan masyarakat yang menghargai seorang guru dan ilmuwan tanpa mengira jawatan semasa, umpama guru masih digelar cikgu atau ustaz sepanjang hayat.

“Oleh itu, kita mengambil pendirian bahawa profesor yang bersara masih wajar menggunakan gelaran tersebut,” katanya. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 14 jam yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

2

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

3

Politik 1 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

4

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad