web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Menteri Besar Selangor Berkuasa Lulus Pembayaran VSS - Mahkamah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 3:57PM

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lapan bekas staf mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu memulangkan RM2.7 juta yang dibayar kepada mereka sebagai pampasan dalam skim pemisahan sukarela (VSS) pada 2014.

Ini berikutan keputusan sebulat suara oleh panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf semasa membenarkan rayuan bekas staf tersebut untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka.

Rohana berkata Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI), yang ditubuhkan di bawah Enakmen MBI, adalah entiti undang-undang tunggal.

Beliau berkata pada waktu berkenaan, Abdul Khalid secara sah diberi kuasa untuk meluluskan pembayaran VSS di bawah Enakmen MBI sendiri tanpa memerlukan persetujuan lembaga pengarah.

Hakim itu berkata kuasa Abdul Khalid berdasarkan Enakmen MBI itu tidak terikat dan tidak tertakluk kepada persetujuan lembaga pengarah.

Rohana berkata MBI gagal membuktikan bahawa kelulusan pembayaran VSS berkenaan adalah tidak sah.

Beliau berkata tidak ada syarat dalam Enakmen MBI atau undang-undang yang mewajibkan MBI ditadbir oleh lembaga pengarah dan menambah bahawa kegagalan untuk mendapatkan sanksi lembaga pengarah tidak boleh dikatakan sebagai keputusan yang melanggar undang-undang sehingga menjadikan keputusan itu tidak sah.

Rohana mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi, serta memerintahkan MBI membayar kos RM50,000.

Hakim lain yang turut bersidang ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Zabariah Yusof. Prosiding berlangsung secara dalam talian.

MBI mengemukakan saman pada Mei 2015 terhadap lapan individu berkenaan untuk menuntut kembali wang yang dibayar kepada mereka melalui VSS pada 2014.

Bekas Ketua Pegawai  Eksekutif MBI Faekah Hussin dibayar pampasan RM695,400 dan bekas Ketua Pegawai Operasi Rohani Talib menerima RM524,400 manakala staf lain - Arfa’eza Abdul Aziz menerima RM478,935, Mustapha Mohd Talib (RM265,320), Rahimah Kamarudin (RM265,650), Dr Sulaiman Masri (RM182,385), Abdul Halim Mohamed Yusof (RM186,300) dan Tuan Nazuri Tuan Ismail (RM115,200).

Pembayaran itu dibuat setelah Abdul Khalid meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 23 Sept, 2014 dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menjadi penggantinya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 memutuskan bahawa pampasan yang dibayar kepada lapan individu itu adalah sah tetapi pada 2018, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut.

Peguam New Sin Yew mewakili bekas staf itu sementara Masturina Mohamad Radzi mewakili MBI. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Мahkamah Persekutuan Putuskan 16 Kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan Batal, Tidak Sah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad