web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Segera Wartakan Cuti Umum Mengundi, Elak Syarikat Nafikan Hak Pekerja - MTUC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 1:51PM

Kementerian Sumber Manusia digesa segera mengeluarkan perwartaan cuti umum pada 18 dan 19 November bagi menguatkuasakannya, supaya semua pekerja tidak berdepan masalah untuk keluar mengundi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia digesa segera mengeluarkan perwartaan cuti umum pada 18 dan 19 November bagi menguatkuasakannya, supaya semua pekerja tidak berdepan masalah untuk keluar mengundi.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, menerusi pewartaan itu, syarikat tidak ada alasan untuk menafikan hak pekerja bercuti bagi persedian mengundi kelak.

Katanya, kelewatan mengeluarkan pewartaan akan menyebabkan syarikat sukar melaksanakan cuti umum dan menganggu operasi organisasi.

“Ada syarikat cuba menangguhkan cuti umum pada hari mengundi dengan memberikan cuti ganti pada hari lain.

“MTUC mengecam tindakan syarikat yang berbuat demikian dan menganggap pengurusannya tidak patriotik kepada negara.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada pengurusan syarikat yang berbuat demikian, termasuk pembatalan lesen perniagaan,” katanya menerusi kenyataan.

Kamarul Baharin Mansor - Gambar Fail
Kamarul Baharin Mansor - Gambar Fail

Kamarul Baharin berkata, sejumlah 16 juta pekerja akan membuang undi untuk memilih kerajaan dan mengharapkan agar isu pekerja serta kebajikan mereka ditanggani dengan berkesan.

Menurutnya, golongan itu juga adalah penentu kepada parti politik yang akan membentuk kerajaan selepas 19 November.

Justeru, parti politik perlu mengutamakan kaum pekerja dan memberi aku janji kepada golongan itu bahawa kesejahteraan kehidupan mereka terus ditingkatkan.

“MTUC berharap cuti umum pada 18 dan 19 November yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digunakan pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab memilih kerajaan secara tenang.

“(Pengumuman ini menunjukkan) permintaan MTUC agar diberi cuti umum bagi memudahkan pekerja telah diberi perhatian oleh Perdana Menteri yang memahami kesukaran semua pekerja di Malaysia. Keputusan Perdana Menteri amat dihargai MTUC,” katanya. – Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 14 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran