web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dihalau Ketika Berkempen, Dr Maszlee Kekal Tenang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 6:09PM

Video yang tular di media sosial itu memaparkan mantan Menteri Pendidikan tersebut diherdik, sebaik tiba di sebuah dewan dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik jelas dilihat mengamalkan politik matang, apabila kekal tenang walaupun dihalau dengan cara kasar oleh seorang warga emas ketika berkempen.

Video yang tular di media sosial itu memaparkan mantan Menteri Pendidikan tersebut diherdik, sebaik tiba di sebuah dewan dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 29 saat itu, Maszlee diherdik lelaki berkenaan yang ‘naik angin’, sebaik beliau sampai di pintu pagar dewan berkenaan.

Warga emas itu dilihat dalam video berkenaan menjerit ke arah Maszlee dan menyuruhnya pulang dengan nada keras. 

Bagaimanapun dua anggota polis yang berada di kawasan tersebut berjaya mengawal dan menenangkan warga emas itu, dan membawanya ke tepi jalan yang berdekatan dengan dewan terbabit. 

Sebaik dia berjaya ditenangkan, seorang lagi warga emas datang dan melarang Maszlee meneruskan kempennya.

"Kita ikut undang-undang, malam tadi sudah cakap, politik tidak dibenarkan datang (berkempen di dewan itu)," kata warga emas tersebut sebelum Maszlee mencelah dan menjelaskan segala sumbangan dilakukan, sepanjang berkhidmat di Simpang Renggam. 

Maszlee berkata, banyak masalah sudah berjaya diselesaikan, termasuk bekalan air dan sampah sepanjang lima tahun berkhidmat di kawasan berkenaan.

Beliau juga berjaya mengusahakan pembukaan francais makanan segera kegemaran ramai, McDonald's di kawasan tersebut. 

Bagaimanapun, lelaki warga emas itu masih tidak mahu mendengar penerangan diberikan dan menyuruh penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam itu segera pulang. 

Pada PRU-15, Maszlee akan berdepan perlawan empat penjuru bersama Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, Mohd Fazrul Kamat mewakili Perikatan Nasional (PN) serta Kamal Kusmin daripada Gabungan Tanah Air (GTA). 

Maszlee pada PRU-14 berjaya menawan Parlimen Simpang Renggam dengan memperoleh majoriti 3,475 undi.

Beliau berjaya meraih 18,157 undi, berbanding calon Lian Teck Meng (BN) yang meraih 14,682 undi, manakala Mohd. Jubri Selamat (PAS) mendapat 2,983 undi. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad