web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 8 Lelaki, Kes Gaduh Di Restoran Di Rawang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 7:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah restoran di Rawang dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata empat daripada suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 29 tahun itu ditahan ketika hadir di Balai Polis Gombak untuk memberi keterangan manakala empat lagi hadir serah diri di balai yang sama. 

“Kami sedang memburu beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun sedang minum di sebuah restoran di Rawang bersama rakan-rakannya dan telah berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki lain akibat ejek-mengejek.

Keadaan semakin kecoh apabila kumpulan berkenaan bertindak membaling botol ke meja pengadu dan perkara yang sama turut dilakukan oleh pengadu dan rakan-rakannya sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

Pengadu mengalami cedera ringan di tangan dan dada dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Arifai turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai berdekatan.

Dua video berdurasi 47 saat dan 17 saat memaparkan pergaduhan antara beberapa individu lelaki di luar sebuah restoran di Rawang.

Dalam kejadian berasingan, polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana, Kajang, yang berlaku 9 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata individu berkenaan dikenali sebagai Yuen Wai Lam, 26 yang beralamat di No 3, Jalan Penghulu 12/3, Bandar Mahkota Cheras.

Sebelum ini, Mohd Zaid berkata polis telah menahan empat  lelaki berusia 19 hingga 28 tahun dan telah direman bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran