Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Orang Asli, Peneroka FELDA Di Bera Hargai Sumbangan Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 12:39PM

Kg Orang Asli Chuat di Bera terletak kira-kira satu jam pemanduan dari pekan terdekat dan menempatkan 100 penduduk, ramai yang menyara hidup dengan bekerja di ladang kelapa sawit di sekitarnya. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada penduduk di sini telah diterima dengan baik, kerana mereka mengaitkannya dengan keperibadian beliau yang sederhana.

Bagi penduduk Kg Orang Asli Chuat, Jaibidin Rudin, 40, Ismail Sabri adalah pemimpin yang peramah dan banyak membantu meningkatkan taraf hidup suku Semelai di kampung itu, lebih-lebih lagi selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ogos tahun lalu.

“Penduduk di sini amat mengenalinya kerana beliau sentiasa melawat dan bersusah payah menyelesaikan masalah kami.

“Beliau sentiasa mengambil berat tentang masyarakat Orang Asli di sini, terutamanya peluang pendidikan dan ekonomi kami,” katanya kepada The Vibes ketika ditemui di kampung itu di sini, baru-baru ini.

Jaibidin Rudin
Jaibidin Rudin

Perkampungan yang mengambil masa pemanduan selama sejam dari pekan di sini, menempatkan hampir 100 penduduk, kebanyakannya mencari rezeki dengan bekerja di ladang kelapa sawit di sekitarnya.

Menurut Jaibidin, walaupun beberapa kawasan di kampung itu terjejas akibat banjir pada Disember tahun lalu, penduduk tidak perlu risau kerana bantuan kerajaan tiba dengan cepat, tanpa banyak kekecohan.

Jalan alternatif juga telah dibina di kawasan itu untuk menyediakan lebih banyak akses keluar untuk penduduk kampung.

“Beliau (Ismail Sabri) menyediakan bantuan makanan untuk semua penduduk di sini (semasa banjir). Walaupun ketika negara dilanda pandemik COVID-19 dan terpaksa berkurung, kami tidak terlalu bimbang kerana menerima bekalan yang mencukupi untuk kegunaan kami.

“Terima kasih kepada bantuan kerajaan yang kami terima, tiada seorang pun di kampung itu disahkan positif COVID-19 kerana kami boleh kekal selamat di rumah tanpa perlu ke bandar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi warga tempatan, Mazlan Madi, 29, berkata, penduduk di sini berpuas hati dengan kehidupan mereka sejak pentadbiran Ismail Sabri, memastikan kemudahan perumahan disediakan pihak berkuasa secara percuma.

“Kami tidak mempunyai lampu jalan atau bekalan elektrik dan air di sini sebelum Ismail Sabri masuk dan memastikan kebajikan kami dijaga.

“Kami (orang kampung) mempunyai tempat tinggal dan pendapatan stabil. Bagi saya, keadaan di sini sudah cukup baik,” katanya.

Mazlan Madi
Mazlan Madi

Perasaan sama turut disuarakan rakan sekampungnya, Yudi Amoi, 62, yang gembira kerana dapat menempatkan keluarganya di sebuah rumah yang disediakan di bawah inisiatif Ismail Sabri.

“Kontraktor mula membina rumah ini pada April 2015 dan kami dapat berpindah dalam masa dua bulan kemudian.

“Kami semua di sini (penduduk) memiliki tanah tetapi kebanyakan rumah yang kami duduki sekarang disediakan (Ismail Sabri) di bawah projek perumahannya.

“Dia (Ismail Sabri) adalah satu-satunya ahli politik yang sering kami lihat di sekitar sini. Dia tidak sombong langsung,” katanya sambil memberitahu isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, juga dilihat melawat penduduk di sini, baru-baru ini.

Yudi Amoi
Yudi Amoi

Selain itu, seorang penduduk di FELDA Bukit Kepayang yang mahu dikenali sebagai Angah berkata, masyarakat FELDA turut berterima kasih kepada Ismail Sabri atas keprihatinannya terhadap golongan peneroka.

“Kami mempunyai sekolah dan kemudahan lain yang diperlukan (sebelum Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri) tetapi beliau telah meningkatkan infrastruktur dengan sangat baik sambil mentadbir negara.

“Sukar untuk mencari Perdana Menteri seperti beliau (Ismail Sabri). Rakyat Bera amat berbangga dengan pencapaian beliau, lebih-lebih lagi beliau berasal dari daerah ini.

“Tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa terujanya kami apabila salah seorang daripada kami mewakili penduduk di kerusi tertinggi dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berpendapat, sukar bagi pencabar pada pilihan raya kali ini untuk menjatuhkan penyandangnya kerana Ismail Sabri mendapat sokongan padu daripada penduduk di sini.

“Tiada sebab untuk kita memuji beliau (Ismail Sabri) jika tidak menjalankan tugasnya. Kami menyokong beliau kerana telah memenuhi keperluan kami dan kami tahu beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.  - The Vibes, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 minggu yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim