web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Persaingan Sengit Antara Guru Dengan Bekas Pelajar Di Hulu Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 11:48AM

Rosol Wahid - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Persaingan sengit bagi memenangi kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada pentas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini akan menyaksikan pola pengundian lebih 87,971 pengundinya sama ada berorientasikan calon ataupun kepartian.

Umum mengetahui, penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Rosol Wahid pada pilihan raya kali ini bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), sedangkan pada PRU lepas beliau memenangi kerusi yang dianggap ‘kubu kuat’ Barisan Nasional (BN) itu atas tiket gabungan berkenaan.

Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dilihat menerima tentangan hebat daripada bekas anak muridnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong Datuk Rozi Mamat yang mewakili BN, dan kedua-dua mereka pernah berjuang di atas pentas yang sama ketika Rosol masih bersama UMNO.

Menjadi satu-satunya wakil daripada Bersatu di Terengganu yang akan 'membawa' logo PAS di medan PRU-15, Rosol mengakui perkara itu bukan tugas mudah, namun bekas guru itu bersyukur kerana mempunyai barisan jentera termasuk daripada PAS yang akan membantu memastikan kemenangannya.

“Soal kebajikan rakyat dan agenda pembangunan yang dapat meningkatkan ekonomi setempat antara yang akan terus saya fokus jika diberi mandat pada PRU15 nanti, insya-Allah,” kata Rosol kepada Bernama.

Jawatan sebagai timbalan menteri juga telah membuka ruang kepada Rosol untuk membantu penduduk setempat terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang melalui program-program termasuk Gerobok Prihatin di masjid sekitar Hulu Terengganu dan pelbagai program jualan murah.

Rosol memulakan langkah dalam dunia politik sebagai ADUN Ajil pada 1999 sehingga berjaya menjadi Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada PRU-14 dengan kemenangan majoriti 2,868 menewaskan calon PAS dan PKR.

Dalam pada itu, walaupun PRU-15 ialah pengalaman pertama Rozi bertanding di peringkat Parlimen, beliau tidak boleh dianggap sebagai lawan yang mudah ditundukkan kerana telah empat penggal dipilih sebagai ADUN Telemong sejak 2004, dan sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri.

Rozi turut mempunyai pengaruh kuat di Hulu Terengganu dan pastinya beliau mempunyai strategi untuk merampas semula kerusi yang pada awalnya milik BN itu, termasuk akan berusaha bersemuka dengan seramai mungkin pengundi di kawasan itu.

Selain berhasrat memperkasakan infrastruktur pendidikan di Hulu Terengganu bagi melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai dari daerah itu, Rozi juga bercita-cita untuk memperkasakan infrastruktur pelancongan terutama di Tasik Kenyir jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen.

“Selain mengikuti manifesto BN di peringkat pusat, dalam konteks UMNO dan BN di Hulu Terengganu ini, saya ingin Tasik Kenyir bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong domestik malah juga pelancong antarabangsa.

“Selain itu, lokasi lain seperti Kampung Belukar Bukit yang terkenal dengan flora dan fauna serta air terjun juga boleh diketengahkan kerana ia secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya.

Meskipun Rosol dan Rozi sering dianggap sebagai calon pilihan, dua lagi pencabar iaitu calon parti Pejuang Mohd Khadri Abdullah dan calon Pakatan Harapan (PH) Alias Ismail tidak boleh dipandang sepi kerana kedua-duanya turut mempunyai misi untuk pengundi di Hulu Terengganu.

Alias yang juga bekas guru memberitahu Bernama, antara isu yang akan diketengahkan beliau ialah nasib golongan petani di Hulu Terengganu yang menghadapi pelbagai masalah termasuk serangan binatang liar dan tanah yang tidak subur.

“Saya dapati serangan binatang liar di kebun-kebun di daerah ini seperti tidak diberi perhatian sepenuhnya.

“Ada yang tanaman sudah mula berbuah tetapi dirosakkan binatang liar seperti gajah dan babi.

“Begitu juga ada kawasan yang tanah tidak subur jadi kita perlu membimbing petani mengenai cara penanaman yang berkesan. Ilmu pengetahuan ialah kunci kepada kemajuan dan peningkatan taraf hidup, bukan hanya bantuan seperti kewangan yang bersifat sementara,” katanya.

Bagi Mohd Khadri pula, walaupun dilabel sebagai calon tidak popular dan agak sukar mengatasi pesaingnya terutama Rosol dan Rozi, beliau tetap bersemangat berkempen terutama menerusi media sosial yang dirasakannya lebih efektif pada masa kini.

Beliau juga percaya sebarang situasi boleh berlaku pada PRU-15 termasuk keputusan pengundian pada 19 November ini yang tidak mustahil akan berpihak kepadanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad