web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan LRT: Ujian Awal Tunjuk Petanda Positif, Pembukaan Tertakluk Kestabilan, Keselamatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 9:54PM

Setakat hari ini, pihak Rapid Rail telah menjalankan beberapa ujian sistem dan pergerakan tren bagi menilai kestabilan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan memastikan kestabilan dan keselamatan sistem kawalan tren automatik (ATC) sebelum membuat keputusan untuk membuka tren aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya lebih awal dari jadual.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pembukaan laluan tersebut juga tertakluk kepada penilaian dan kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), sekiranya semua ujian dijalankan berjaya tanpa menunjukkan sebarang gangguan sistem.

“Setakat hari ini, pihak Rapid Rail telah menjalankan beberapa ujian sistem dan pergerakan tren bagi menilai kestabilan. Hasil ujian awal menunjukkan petanda positif. 

“Namun begitu, kami tetap akan melaksanakan beberapa ujian lagi bagi memastikan ia stabil dan mematuhi piawaian keselamatan, sebelum menyambung operasi kerana keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Jelas Mohd Azharuddin, ujian ke atas sistem tersebut dilakukan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail dan pengeluar peralatan asal (OEM), Thales Group.

Tambahnya, beliau yakin dengan kebolehan pihak Rapid Rail dalam menangani masalah tersebut. 

“Sejak gangguan sistem dikesan, siasatan diagnostik awal dan penukaran komponen sistem ATC telah dilakukan oleh pakar teknikal dan pasukan kejuruteraan dalaman yang terlatih bersama pihak OEM, selaku pengeluar sistem tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Rapid Rail mengumumkan bahawa perkhidmatan LRT untuk 16 stesen antara Kelana Jaya dan Ampang Park ditutup selama tujuh hari selepas mengalami gangguan perkhidmatan selama dua hari.

Rapid Rail adalah operator perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel di Lembah Klang. 

LRT Laluan Kelana Jaya telah dibuka kepada umum pada tahun 1998. 

Pada ketika ini, laluan itu adalah yang tersibuk antara semua jajaran sistem rel kendalian Rapid KL.

Mengulas lanjut, Mohd Azharuddin berkata, sistem ATC bagi laluan tersebut telah digunapakai sejak hampir 25 tahun lalu dan sememangnya telah dirancang untuk dinaik taraf. 

“Kerosakan yang dialami sekarang berlaku lebih awal dan di luar jangkaan kami.

“Bulan lepas, Lembaga Pengarah Prasarana Malaysia Berhad telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta yang diperlukan untuk fasa pertama penaikan taraf sistem berkenaan,” katanya. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Gangguan Teknikal MRT Berpunca Daripada Tekanan Angin Rendah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Operasi LRT Di 6 Stesen Laluan Ampang/Sri Petaling Diberhentikan Mulai Ahad Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jumlah Penumpang Pengangkutan Awam PRASARANA Cecah Sejuta Sehari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar