web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerja Pembinaan Berhampiran Kampung Budiman Punca Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 4:29PM

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia membuat pemantauan di kawasan banjir kilat di Kampung Budiman, Shah Alam, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Banjir kilat di Kampung Budiman di sini semalam yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.

Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Asisten Superintendan Syed Azizi Jamallulail Syed Abdul Aziz berkata banjir setinggi kira-kira satu meter itu bagaimanapun telah surut hari ini.

Beliau berkata kebanyakan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al Falah di kampung berkenaan sudah pulang ke rumah masing-masing bagi melakukan pembersihan.

“Punca banjir ini mungkin akibat terdapat kawasan tadahan air yang cetek dan kerja-kerja pembinaan di kawasan sekeliling kampung ini yang turut menyebabkan banjir lumpur.

“Sebelum ini, Kampung Budiman jarang berlaku banjir dan tidak seteruk ini. Semalam air naik dengan cepat hanya selepas beberapa jam hujan lebat,” katanya kepada pemberita di PPS berkenaan hari ini.

Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 40 orang daripada 12 keluarga berlindung di PPS tersebut manakala lima orang daripada dua keluarga diasingkan di Dewan Orang Ramai Kampung Budiman kerana positif COVID-19.

 Tinjauan Bernama di sekitar Pekan Meru, Klang yang terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Budiman tengah hari tadi mendapati beberapa kawasan masih digenangi air sedalam kira-kira 0.15 meter.

Nonarita Mohamed, 40, yang ditemui di kediaman ibu bapanya di Persiaran Hamzah Alang, Meru berkata berkata ‘air termenung’ itu adalah kejadian tahunan yang dialami sejak lebih 30 tahun lepas dan kebiasaannya mengambil masa selama seminggu untuk surut.

“Saya bersyukur banjir kali ini tidak seteruk tahun lepas, namun saya masih gusar dengan keadaan cuaca sekarang dan akan membawa ibu bapa saya tinggal dengan saya di Taman Meru Jaya sehingga banjir surut sepenuhnya,” katanya.

Menurut laman web InfoBencanaJKM, tiga PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia dan PPS SK Binjai, Meru di Kapar dalam daerah Klang serta PPS Masjid Al Falah Kampung Budiman di daerah Petaling dibuka bagi menempatkan 669 mangsa banjir setakat tengah hari tadi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad