web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jual Ayam Harga Melampau, KPDNHEP Kelantan Keluar 48 Notis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 5:25PM

Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau harga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. - Gambar dari KPDNHEP Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Beberapa peniaga ayam di negeri ini berdepan tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan selepas didapati mengenakan kenaikan harga yang melampau, sehingga mencecah RM9.50 sekilogram.

Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, pihaknya mengeluarkan 48 notis ke atas peniaga ayam atas pelbagai kesalahan, termasuk menjual ayam dengan harga yang tinggi.

Katanya, notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 menerusi Ops Pasar dan Ops Catut 8.0.

“Peniaga perlu menjawab notis ini. Jika didapati peniaga mencatut dengan mengambil keuntungan yang tinggi tindakan denda akan dikenakan ke atas mereka.

“Kita juga melakukan pemantauan ke atas pengeluar, penternak, pengilang dan pemborong ayam di sekitar negeri ini kerana KPDNHEP mengambil serius isu kenaikan harga ayam berikutan aduan orang ramai khususnya ketika Ramadan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adnan, pegawai penguat kuasa akan terus memantau bekalan dan harga ayam, barang keperluan di pasaran bagi membolehkan ia dibeli pengguna pada harga berpatutan.

Beliau berkata, dalam operasi itu, KPDNHEP mengeluarkan sebanyak 225 notis secara keseluruhannya di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap peniaga bahan binaan, air kosong, pembekalan ayam, dan pembekalan daging.

“Kita juga turut mengeluarkan notis kepada peniaga daging dan sayur-sayuran masing-masing 19 serta 34 notis. Kesemua peniaga ini akan disiasat dan sekiranya berlaku pencatutan, tindakan tegas di bawah perundangan akan diambil.

“Operasi dan pemeriksaan juga dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi menangani isu kenaikan harga barangan,” katanya.

Menurutnya, KPDNHEP Kelantan akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak beretika yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tanpa mematuhi perundangan. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad