web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP Lanjut 18 Februari, Sarawak Terkecuali

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 5:02PM

Ismail Sabri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) di seluruh negara dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021 dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat. 

Keputusan itu bagaimanapun tidak membabitkan Sarawak yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa kes harian di semua negeri masih menunjukkan peningkaran dengan kadar positif dalam kluster sekitar 20 hingga 40 peratus.

Menurutnya, penularan jangkitan secara sporadik dalam komuniti melibatkan warganegara dan bukan warganegara juga dilaporkan masih tinggi dan membimbangkan. 
 

“PKP 2.0 bagaimanapun berbeza dengan PKP 1.0 kerana waktu itu ia membabitkan SOP yang lebih ketat atau dikategorikan sebagai total lockdown

“Ketika itu, semua sektor dan perniagaan dikategorikan sebagai tidak penting ditutup sepenuhnya, berbanding PKP 2.0 yang menyaksikan kelonggaran diberikan kepada perniagaan mikro, khususnya penjaja atau peniaga kecil," katanya pada sidang media khas hari ini.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal mengumumkan dalam masa terdekat, pelaksanaan SOP yang lebih ketat . 

“Sebagai contoh di pasar raya, ketika ini kita dapat lihat pelanggan bebas masuk tanpa had  dan ia menyebabkan berlaku perkumpulan agak besar. 

“Dengan SOP yang lebih ketat ini, kemasukan pengunjung ke premis seperti pasar raya akan dihadkan,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata larangan rentas daerah dan negeri serta aktiviti sosial masih dikekalkan. - Getaran, 2 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad