web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gantung Operasi Demi Keselamatan Pengguna, Tren Tidak Dapat Dilihat Pada Skrin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 4:25PM

Perkhidmatan LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park telah digantung 7 hari bermula 6 pagi pada Selasa. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) terpaksa membuat keputusan sukar menggantung sementara operasi 16 stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bermula semalam demi keselamatan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya bimbang insiden pelanggaran tren pada Mei 2021 berulang kembali.

Jelas beliau, berdasarkan data yang diteliti, tren berkenaan didapati tidak boleh bergerak secara automatik dan menunjukkan ia mengalami masalah teknikal.

“Ini menunjukkan bahawa terdapat masalah dan kami cuba menyelesaikannya. Apa yang kami dapati, kami tidak dapat melihat tren pada skrin kami. Itu amat penting bagi kami.

“(Jadi) Keputusan yang perlu kami buat adalah kepentingan keselamatan awam. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami mahu memastikan keselamatan pengguna adalah keutamaan kami.

“Justeru, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk menggantung operasi. Memang ramai rakyat terjejas akibat perkhidmatan tergendala ini, tapi keselamatan menjadi keutamaan kami,” katanya.

Mohd Azharuddin Mat Sah
Mohd Azharuddin Mat Sah

Beliau berkata demikian pada sidang media untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai langkah terbaharu bagi menyelesaikan masalah gangguan 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya yang bermula sejak 5 November lalu.

Menurut beliau, jurutera Rapid KL turut menjalankan ujian pergerakan tren antara stesen LRT Kelana Jaya menuju ke stesen Ampang Park dan stesen KLCC bagi menjana beberapa data untuk dianalisis.

“Ujian ini penting bagi pihak kejuruteraan Rapid Rel dan pihak OEM untuk mengenal pasti punca bagi analisa sepenuhnya.

"Pakar luar negara, Thales Group iaitu pengilang peralatan asal sistem isyarat kereta api akan menganalisa log ujian selain melakukan lebih banyak ujian malam ini,” katanya.

Beliau berkata, sejak beberapa hari lalu, jurutera Rapid Rail telah melakukan kemaskini perisian, menukar modem dan menggantikan komponen bekalan kuasa untuk meminimumkan punca kehilangan isyarat sekejap-sekejap, yang mengancam keseluruhan asas di sebalik laluan rel automatik tersebut.

"Kami akan meneruskan ujian yang berat untuk memastikan isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Rapid Bus telah menambah 40 lagi bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas, berikutan penutupan 16 stesen tren Transit Aliran Ringan (LRT) antara Kelana Jaya dan Ampang Park bermula semalam.
Rapid Bus telah menambah 40 lagi bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas, berikutan penutupan 16 stesen tren Transit Aliran Ringan (LRT) antara Kelana Jaya dan Ampang Park bermula semalam.

Dalam pada itu, Azharuddin berkata, PRASARANA akan memberi pampasan tambang percuma untuk setiap hari gangguan kepada penumpang terjejas kerana ia adalah tindakan yang tepat perkara yang betul untuk dilakukan.

Bagaimanapun katanya, butiran mengenai tambang percuma itu hanya akan diumumkan sebaik sahaja operasi perkhidmatan di 16 stesen terlibat disambung semula nanti.

“Kami menerima maklum balas daripada orang ramai, termasuk maklum balas daripada media sosial.

“Saya fikir ini (tambang percuma) adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan kami akan mengumumkan butirannya sebaik sahaja kami menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Terdahulu, selepas beberapa kali perkhidmatan LRT berdepan gangguan sistem sehingga dihentikan lebih awal malam semalam, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) membuat keputusan ‘mengejutkan’ apabila menggantung operasi perjalanan pengangkutan awam itu bagi laluan Kelana Jaya selama tujuh hari.

RapidRail memaklumkan, penggantungan antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park itu membabitkan 16 stesen.

Stesen itu adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar.

Turut ditutup Stesen Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park. – Getaran, 10 November 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad