web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bas Bawa Pelajar Universiti Terbalik Di Tanjung Malim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 8:09AM

Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang semalam - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 7 petang.

"Kemalangan melibatkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 11 orang penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

Mengulas lanjut, Mohd Hasni berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tayar pecah ketika bas itu dalam perjalanan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Idris menghala ke UPSI Kampus Sultan Azlan Shah.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, tayar hadapan kanan bas telah pecah menyebabkan pemandu berusia 63 tahun hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan," katanya.

Beliau berkata akibat kemalangan ini, 17 penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Slim River dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

Beberapa gambar dan video menunjukkan bas terbalik itu tular di media sosial dan dimuat naik di Facebook milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjung Malim Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut melawat tempat kejadian.

"Saya amat sedih apabila ternampak kemalangan jalan raya itu. Kemalangan tersebut melibatkan pelajar UPSI di kawasan Bandar UPSI. 

"Semoga semua yang terlibat selamat. Marilah kita mendoakan yang terbaik. Diharap segala urusan dipermudahkan," katanya menerusi hantaran itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Maut, Bas Dinaiki Penuntut UPSI Terbabit Nahas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad