Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Gangguan Sistem: Operasi 16 Stesen LRT Digantung 7 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 9:28AM

Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) membuat keputusan ‘mengejutkan’ apabila menggantung operasi perjalanan pengangkutan awam itu bagi laluan Kelana Jaya selama tujuh hari, bermula hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa kali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT)  berdepan gangguan sistem sehingga dihentikan lebih awal malam tadi, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) membuat keputusan ‘mengejutkan’ apabila menggantung operasi perjalanan pengangkutan awam itu bagi laluan Kelana Jaya selama tujuh hari, bermula hari ini.

RapidRail memaklumkan, penggantungan antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park itu membabitkan 16 stesen.

Stesen itu adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar.

Turut ditutup Stesen Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Perkhidmatan bagi laluan itu hanya akan beroperasi dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.

Semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal, iaitu jam 11 malam bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan melaksanakan kerja rektifikasi dan baik pulih.

Menurut kenyataan RapidRail, punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya itu masih belum dapat dikenalpasti.

Katanya, gangguan terbabit yang mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren, menyebabkan pengangkutan itu tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

Pada masa sama, RapidRail memaklumkan masalah serius seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan kini pihaknya dibantu pasukan khas pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

“Ini merangkumi ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada.

“Selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada penumpang serta masa diambil untuk mengenalpasti punca gangguan dan sesi ujian, perkhidmatan di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park digantung tujuh hari bermula jam 6 pagi hari ini,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, RapidRail akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen yang terjejas.

“Segala kesulitan ekoran kejadian adalah amat dikesali.

“Untuk perkembangan status perkhidmatan terkini serta maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas perantara, sila rujuk kepada saluran media sosial RapidKL dan aplikasi PULSE,” katanya.

Terdahulu, sejak kelmarin, perkhidmatan LRT beberapa kali terganggu, sehingga akhirnya operasi tren di antara Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park dihentikan beberapa jam lebih awal malam tadi.

Kelmarin, perkhidmatan LRT laluan sama tergendala pada jam 8.39 malam kerana mengalami masalah sistem pemanduan automatik, sehingga menyebabkan gangguan perjalanan di antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen KLCC.

Perkhidmatan kembali pulih awal pagi semalam, sebelum dilaporkan kembali tergendala pada petang.

Situasi itu mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai yang mempertikaikannya, termasuk mempersoalkan kualiti perkhidmatan disediakan syarikat pengangkutan berkenaan kerana sering ‘rosak’. – Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara - Menteri

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan