Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hilang Lebih 30 Jam, Lelaki Akhirnya Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 10:17AM

Mangsa keluar dari rumah di Kampung Inderasabah selepas berbuka puasa pada jam 8 malam, Khamis lalu dan tidak pulang. - Gambar dari Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Misteri kehilangan seorang lelaki lebih 30 jam terjawab apabila dia ditemui lemas dengan kaki terikat pada wayar dan besi di perairan Kampung Inderasabah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mayat Hazlan Abdul Hamid, 23, ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap di dasar sungai.

Terdahulu, mangsa dikatakan keluar dari rumah di Kampung Inderasabah sebaik saja selesai berbuka puasa pada jam 8 malam, Khamis lalu.

Sejak itu, mangsa tidak pulang ke kediamannya sehinggalah keesokan hari.

Bimbangkan keselamatan mangsa, bapanya bertindak membuat laporan polis, pada jam 12 tengah hari.

Dalam masa sama, penduduk kampung turut melancarkan gerakan mencari di kawasan sekitar memandangkan mangsa dikatakan mengalami masalah mental.

Bagaimanapun, tepat jam 7 pagi semalam, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas mengesahkan kejadian tersebut.

“Ketika ditemui kedua-dua kaki mangsa dalam keadaan terikat wayar berwarna hijau yang disambung pada besi sebagai pemberat, dipercayai menjadi punca mangsa tenggelam dan lemas.

“Selain itu, maklumat lisan daripada keluarga, mangsa dikatakan mengalami masalah mental dan sering merayau keluar dari rumah bersendirian,” katanya.

Tambah Peter, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat selepas laporan ujian saringan COVID-19 keluar.

“Setakat ini, kita mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian sebenar mangsa,” katanya. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

2

Semasa 1 hari yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran