web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Lelaki Didakwa Khianat Rosak, Terbalikkan Myvi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 3:49PM

7 lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan dan menterbalikkan sebuah Perodua Myvi di Taman Kota Masai, Khamis lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta di persimpangan sebuah stesen minyak di Kota Masai, Pasir Gudang, Khamis lalu.

Muhammad Adam Abd Rahim,18; Mohammad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrison Malvin Anak Mada, 19; Shaikh Al Amin Idrus, 21; Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19; Daniel Haziq Syikhanna, 21; dan Romir Rahim, 41; mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara serentak.

Mengikut pertuduhan, ketujuh-tujuh tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan perbuatan khianat itu dengan merosakkan kesemua cermin dan pintu kereta dengan cara menumbuk, menendang, menghentak dengan menggunakan topi keledar, membaling batu serta menterbalikkan kereta jenis perodua Myvi milik Tan Jing Hui, 21, sehingga menyebabkan kerugian dengan anggaran sebanyak RM15,000.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menetapkan tarikh 18 Disember depan untuk sebutan semula bagi fakta kes dan untuk jatuh hukum.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas Kota Masai di sini pada pukul 9.40 malam, 3 November.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqiilah Ahmad Rofai menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang beserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang tidak diwakili, memohon jaminan dikurangkan kerana empat dari mereka bekerja sebagai penghantar makanan, seorang pembaiki mesin basuh, seorang lagi sebagai peniaga topi manakala seorang lagi ialah pelajar.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bersama seorang penjamin setiap seorang serta syarat tambahan tidak menganggu mangsa, saksi kes serta perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video memaparkan sekumpulan lelaki merosakkan sebuah kereta dipercayai Perodua Myvi berhampiran sebuah stesen minyak.

Kekecohan itu berlaku dipercayai selepas kemalangan jalan raya antara sebuah kereta dan sebuah motosikal penghantar makanan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad