web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Individu Ditahan Khianat Bahan Kempen PN, PH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 3:29PM

Hazani Ghazali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua individu ditahan di Kuala Kedah, Kedah dan Bandar Triang, Pahang selepas disyaki melakukan perbuatan khianat terhadap bendera, poster serta khemah milik Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, seorang suspek ditahan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah selepas dipercayai membakar bendera dan menoreh khemah PN menggunakan senjata tajam.

Menurut beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan perbuatan khianat dan Seksyen 435 KK kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan bahan letupan atau bahan api.

“Sementara itu, dalam kejadian di lampu isyarat dekat simpang masuk ke Bandar Triang, Pahang, suspek disyaki merosakkan papan tanda dan poster PH. Individu tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 427 KK,” katanya hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Op PRU-15 berkata, setakat tengah malam tadi sebanyak 1,103 ceramah diadakan dengan kebenaran pihak berkuasa.

Bagaimanapun, menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan 100 ceramah yang diadakan tanpa permit di seluruh negara.

“Pada hari pertama kempen, 19 ceramah dikesan diadakan tanpa permit manakala semalam PDRM mengesan 81 lagi ceramah yang turut diadakan dengan cara sama.

“Kesalahan ceramah tanpa permit akan disiasat mengikut Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5),” katanya. – Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja