web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon-Calon Parti Bertanding Diberi Ruang Dalam Laporan Media - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 9:00AM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Calon-calon parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diberi ruang yang secukupnya dalam pelaporan media kerajaan dan swasta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan menjunjung konsep kebebasan media selagi pelaporan dibuat dalam konteks undang-undang, fakta dan bukannya berita palsu.

Menurut Annuar ini berikutan beliau menerima beberapa aduan dan kekeliruan yang dilontarkan setiap hari kepadanya mengenai pelaporan beberapa stesen penyiaran yang membuat siaran kepada parti bukan kerajaan.

Bagi media agensi kerajaan, beliau berkata medium itu juga berperanan menyalurkan sumber berita berkait dengan ‘government of the day’.

“Jadi apa-apa agenda kerajaan termasuk pengeluaran kapsul mengenai Perdana Menteri adalah kerana Perdana Menteri itu juga adalah kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Tegayong, Melor di sini hari ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata mana-mana premis dan aset kerajaan tidak boleh digunakan atas nama parti politik.

“Tidak kira parti mana sekalipun, kalau hendak guna untuk bertanding atas nama parti politik, dalam parti politik yang mahu gunakan premis dan aset kerajaan itu memang tidak boleh.

“Untuk menyampaikan dasar, perkembangan kerajaan dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri itu boleh. Jadi, di sini terdapat sedikit kekeliruan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad