Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Kampung Sungai Baru: Johari Akui Tak Setuju Guna Akta Pengambilan Tanah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:19PM

Johari mengadakan lawatan ke Pasar Wirawati Taman Maluri, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengakui bahawa beliau tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang digunakan terhadap penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan tersebut dibenarkan mengikut akta berkenaan dan dalam konteks pembangunan Kampung Sungai Baru, ia mengambil kira kepentingan penduduk secara menyeluruh.

“Saya pun tidak setuju menggunakan akta itu untuk ambil alih 11 peratus penduduk itu, misalnya pemaju boleh buat 'engagement' dengan mereka kenapa tidak setuju sedangkan 89 peratus lagi setuju atau bayar saja nilai yang mereka beli dulu.

"Tetapi dalam konteks ini mereka ada hak gunakan akta itu untuk membangunkan semula projek kawasan itu, termasuk Flat PKNS yang daif dan berusia lebih 42 tahun kerana unit sekarang cuma satu bilik dan tandas dengan keadaan dinding berkecai serta sistem sanitasi dan pendawaian yang teruk,” katanya selepas bertemu dengan penduduk di Pasar dan Pusat Penjaja Wirawati, Kampung Pandan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan seterunya, iaitu calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Titiwangsa, Khalid Abdul Samad yang meluahkan kekecewaannya terhadap Johari kerana didakwa membisu dalam isu tersebut.

Khalid turut menyifatkan penggunaan APT 1960 adalah satu bentuk penindasan terhadap penduduk Kampung Sungai Baru.

Jelas Johari, orang luar atau parti politik lain memutar belit fakta sehingga mewujudkan persepsi kononnya tanah berkenaan hendak dirampas.

"Sebagai pemimpin, kita permudahkan bukan kita masuk campur tetapi puak-puak ini datang cerita macam-macam," katanya.

Tegas Johari, beliau amat menitikberatkan isu Kampung Sungai Baru dan akan memastikan nasib mereka terbela.

Johari bertemu penduduk dalam kempen PRU-15, hari ini.
Johari bertemu penduduk dalam kempen PRU-15, hari ini.

Mengambil contoh nasib malang menimpa pemilik rumah di Flat Pekeliling yang kini sudah 14 tahun tidak terbela, Johari berkata, beliau tidak mahu melihat perkara sama berulang kepada penduduk Kampung Sungai Baru.

"Sampai sekarang sudah empat tahun enam bulan penduduk masih tidak pindah-pindah kerana projek pembangunan itu macam itu saja.

"Jadi, saya harap kalau saya dilantik semula menjadi wakil rakyat, perkara pertama ialah pastikan kepentingan 89 peratus penduduk itu dijaga supaya jangan sampai mereka menerima nasib sama macam Flat Pekeliling yang 14 tahun tidak siap-siap.

"Walaupun saya tidak suka dengan pemaju ini tetapi semua orang (penduduk) suka, jadi saya akan pastikan ada penglibatan secara langsung dengan pemaju bila mereka akan siapkan projek supaya 89 peratus penduduk yang bersetuju itu dapat balik unit rumah yang dijanjikan," katanya.

Sebelum ini, seramai 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu termasuk memohon campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah APT 1960.

Proses pengambilan tanah sepatutnya dibuat pada Disember lalu, namun proses itu ditangguhkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi ruang perbincangan antara pemaju bersama penduduk yang membantah.

Sementara itu, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menjelaskan, pengambilan tanah Kampung Sungai Baru itu sewajarnya diteruskan kerana memenuhi syarat perundangan di bawah APT 1960 dan 89 peratus atau 291 penduduk terlibat telah bersetuju dengan pembangunan semula kawasan tersebut. - Getaran, 6 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi