web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 : PDRM Kenalpasti 52 ‘Hotspot’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 2:19PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 52 ‘hotspot’ di seluruh negara sudah dikenal pasti dan akan diberikan perhatian serius oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua hotspot berkenaan dikenal pasti selepas pemerhatian secara terperinci oleh PDRM.

“Kawasan panas ini adalah terma digunakan pihak kita (PDRM) untuk mengklasifikasikan kawasan ini sebagai lokasi yang mudah berlakunya insiden yang memecah keamanan dan mengganggu ketenteraman awam.

“Ia bukan hanya membabitkan isu politik tetapi turut didorong masalah membabitkan antara penduduk setempat di lokasi berkenaan seperti berebut tempat letak kereta, berebut kerusi ketika makan di gerai atau restoran, terlanggar bahu serta masalah membabitkan perkauman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat lokasi Pusat Penamaan Calon, Parlimen Lembah Pantai (P121) di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini.

Difahamkan, 52 daripada 292 keseluruhan kawasan tersebut sebelum ini dikesan pernah berlaku insiden yang boleh menyebabkan atau mengganggu gugat ketenteraman awam.

Acryl Sani berkata, meskipun masalah dijangkakan itu adalah remeh, ia boleh menjadi lebih besar jika tidak ditangani dari awal.

“Setakat ini berdasarkan daripada tempoh pembubaran Parlimen, sebanyak 115 laporan polis berkaitan 24 insiden membabitkan pelbagai isu politik dilaporkan.

“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman untuk membuat statistik harian bagi memaklumkan kepada masyarakat dan menunjukkan kita lebih bertanggungjawab,” katanya.

Acryl terdahulu melawat Pusat Penamaan Calon P121, di Bukit Bandaraya, di sini, bagi melihat perjalanan proses penamaan calon.

Beliau berkata, pengamatannya mendapati proses yang dikawal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di lokasi berkenaan berjalan lancar, dengan semua calon dan wakil mereka mematuhi arahan ditetapkan.

Turut hadir ke lokasi berkenaan adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dan timbalannya, Datuk Yahaya Othman. - Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad