web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Inspektor Ditahan Sebar Fitnah Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 10:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis berpangkat inspektor ditahan, kerana disyaki terlibat menyebarkan fitnah yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman terlibat dalam kartel melindungi sindiket jenayah terancang.

Suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya  di Alor Setar, Kedah pada jam 11.24 malam semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), menerusi Ops Mualang yang dilaksanakan unit D7 JSJ Bukit Aman bagi mencegah aktiviti kongsi gelap di sekitar Klang, Selangor.

“Turut dirampas di rumah suspek ialah barangan peribadi seperti komputer riba, telefon bimbit, pendrive, kad sim dan beberapa gajet lain.

“Kesemua yang dirampas telah dihantar ke makmal forensik Polis diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan analisis,” katanya di sini hari ini.

Menurut Huzir, suspek juga pernah membuat beberapa tohmahan sebelum ini terhadap pegawai dan anggota D7 Bukit Aman, kerana marah, tidak puas hati dan berdendam terhadap pasukan siasatan yang mengambil tindakan terhadapnya sehingga diberhentikan kerja, sebelum dikenakan hukuman pengawasan selama dua tahun di Alor Setar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Dalam perkembangan sama, Huzir berkata empat laporan polis telah dibuat oleh empat pegawai yang nama mereka dinyatakan dalam tohmahan tersebut.

“Empat kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengesan, menangkap dan mendakwa mana-mana individu yang menyebarkan isu berbentuk fitnah itu.

“Penularan maklumat terbabit telah dibuat dengan begitu luas dan menimbulkan keraguan serta kegusaran kepada masyarakat kerana salah laku ini dikatakan melibatkan pegawai dan anggota polis dari Bukit Aman,” katanya.

Sejak dua minggu kebelakangan ini, satu artikel dengan tajuk  “Maklumat Kumpulan Kartel bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman” yang terlibat dengan salah guna kuasa, melindungi, bersubahat, bersekongkol dan menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati bahawa aritkel atau laporan yang ditularkan ini merupakan satu tohmahan yang sangat serius.

“Di dalam artikel itu, senarai daripada pegawai D7 Bukit Aman beserta gambar mereka telah dimuat naik dengan tohmahan dan dikaitkan terlibat dengan sindiket jenayah terancang seperti Geng Addy Kanna, Geng Nicky, Geng Wan Padang Besar, Geng Pak Su Bukit Kayu Hitam dan Geng Tiger 99,” katanya.

Jelas Huzir lagi, akibat daripada penularan artikel berbentuk tohmahan itu, ia memberi kesan negatif kepada imej PDRM dan pegawai termasuk anggota D7 JSJ Bukit Aman.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi dan andaian tidak benar, selain menghentikan perkongsian artikel tersebut melalui mana-mana saluran bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. - Getaran 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad