web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Iklan Raya Oleh Satu Lagi Laman Judi Menambah Kemarahan Rakyat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 5:17PM

Tangkap layar laman utama syarikat judi atas talian IBC003.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam belum reda lagi kemarahan rakyat Malaysia terhadap satu iklan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah syarikat judi atas talian, timbul pula satu lagi iklan daripada syarikat lain.

Dalam video yang berdurasi 3 minit dan 19 saat itu daripada IBC003, seorang penjaja merancang untuk pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan isterinya, tetapi malang menimpa selepas motosikalnya dicuri.

Kerana kehabisan wang tunai, lelaki itu pergi ke laman judi IBC003 di mana dia berjudi dan berjaya menang duit. Dia kemudian menggunakan wang tersebut untuk pulang ke kampung, dia juga mampu membeli hadiah untuk isterinya.

Iklan tersebut telah diturunkan daripada laman sesawang syarikat tersebut, satu langkah yang dipercayai kerana kontroversi di sekeliling iklan yang disiarkan oleh kasino atas talian GDBet333.

Walaubagaimanapun, salinan kedua-dua iklan telah dinaikkan semula oleh pengguna media sosial.

Laman IBC003 juga telah dikemas kini dengan tema Raya dengan ucapan Selamat Hari Raya dan gambar ketupat di laman utamanya di samping kad daun terup, cip poker dan dua wanita memakai baju tanpa lengan.

IBC003 memanggil diri mereka “kasino dalam talian terkemuka di Malaysia” - tuntutan yang juga dibuat oleh GDBet333 - dan menyediakan perkhidmatan petaruhan langsung, permainan slot, sabung ayam, dan petaruhan sukan.

The Vibes pada Khamis melaporkan tentang iklan GDBet333, di mana ramai telah mengecam syarikat tersebut kerana tidak sensitif terhadap kaum Islam, yang sedang berpuasa di bulan Ramadan.

Syarikat itu telah menurunkan video tersebut dari laman sesawang dan semua akaun media sosialnya.

Hari ini pihak polis telah mengumumkan penangkapan lapan individu yang disyaki terlibat dalam produksi iklan GDBet333. Dalang iklan tersebut masih bebas.

Mereka yang ditahan adalah pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, produser, pengarah dalam penggambaran video berkenaan yang akan direman untuk membatu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Selepas iklan kedua timbul, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata yang beliau telah mengerahkan anggota polis untuk menyiasat jika ada iklan lain seperti itu dihasilkan.

Portal PNBBC memetik beliau berkata yang satu siasatan sudah dimulakan ke atas iklan IBC003.  

Polis sedang mengenal pasti  mereka yang terlibat dalam iklan tersebut, katanya dan beliau juga tidak menolak kemungkinan yang iklan-iklan ini adalah sebahagian daripada sindiket untuk mempromosikan judi.

Beliau memanggil mereka yang terlibat dalam penghasilan iklan-iklan seperti itu untuk menyerah diri kepada pihak polis. - Getaran, 17 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad