web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kita Akan Menyiasat Ahmad Zahid Secara Terperinci - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 6:34PM

Ahmad Zahid berdepan dua siasatan SPRM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua isu mengaitkannya, iaitu pembabitan beliau dalam perjanjian pertahanan dan tuduhan memaksa calon Barisan Nasional untuk berikrar menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dakwaan itu sudah cukup serius untuk SPRM memulakan siasatan.

Dakwaan pertama melibatkan S$20 juta (RM66 juta) dalam skandal projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dengan menyaksikan Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Pertahanan didakwa menerima lapan bayaran melalui pengurup wang antara tahun 2012 dan 2013.

Dakwaan itu dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin yang meminta SPRM menyiasat dan menemuinya di United Kingdom dengan mengatakan beliau bersedia untuk mendedahkan lebih banyak dokumen.

Azam berkata, beliau mempunyai pegawai yang bersedia bertemu Raja Petra seawal minggu depan.

“Saya memberi jaminan bahawa kami akan menyiasat dan mengambil tindakan jika maklumat diterima boleh dipercayai.

“Dakwaan ini baru, jadi kami perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang kami boleh kerana ia (dakwaan) serius,” katanya kepada The Vibes.

Berhubung akuan berkanun (SD) didakwa ditandatangani calon BN, beliau berkata Ahmad Zahid akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

“Jika, sebagai presiden parti, anda menekan calon untuk menyokong anda sebagai Perdana Menteri, maka ia adalah salah,” katanya.

SD itu antara lain bagi menyatakan ikrar bahawa calon terbabit akan menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi paling banyak.

Ia juga dikatakan bagi memberi jawatan kanan Kabinet dan membolehkan pelantikan politik kepada Ahli Parlimen UMNO, selain menggugurkan pertuduhan terhadap pemimpin parti itu serta BN yang terbabit kes mahkamah.

Ahmad Zahid dan UMNO kemudian menafikan dakwaan mengenai SD berkenaan. - The Vibes, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad