web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Janji PH Hapus Tol Jika Menang PRU-15, Boleh Percayakah?’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 3:15PM

Pemuda UMNO menyifatkan janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai idea populis - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyifatkan janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai idea populis.

Sambil mempersoalkan janji itu, Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun asasnya ia satu perkara yang boleh membantu rakyat, tetapi membelanjakan RM400 bilion bagi membayar pampasan ke atas konsesi tol berat sebelah pada zaman Perdana Menteri keempat (Tun Dr Mahathir Mohamad) adalah tidak praktikal.

Menurut beliau, peruntukan RM400 bilion itu hanya akan dapat dinikmati sebahagian rakyat yang menggunakan tol sahaja.

“Rakyat di luar bandar akan mendapat kesan yang sangat minimum. Sebab itulah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) memulakan usaha untuk mengambil alih konsesi tol PLUS daripada pihak swasta.

“Ia melalui pemilikan bersama antara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah. Dengan cara itu majoriti rakyat akan dapat merasai keuntungan tol ini daripada dividen KWSP mereka,” katanya hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, PH bersedia memansuhkan tol di sepanjang lebuhraya PLUS jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas PRU-15.

Menurut beliau, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Memetik laporan China Press, mantan Menteri Kewangan itu menegaskan, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, kerajaan BN masih berusaha menghapuskan tol secara perlahan-lahan.

Katanya, antara 2009-2017 contohnya, terdapat 11 tol berjaya dihapuskan iaitu Metramac, Teluk Kapas, Batu 9, Batu Tiga, Sungai Rasau dan Tol Bukit Kayu Hitam.

“Begitu juga pada zaman itu kita berjaya membina lebuh raya tanpa tol. Antaranya, Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kota Bharu-Pahang serta Rawang Bypass yang juga jambatan tertinggi di Malaysia (60 meter dari tanah).

“Lebuhraya CSR membuktikan kerajaan BN zaman Perdana Menteri kelima  (Tun Abdullah) dan keenam (Datuk Seri Najib Razak) sangat menghormati semangat federalisme dengan memberikan peruntukan setara kepada Kelantan walaupun ia diperintah pembangkang,” katanya.

Jelas beliau lagi, tidak wujud diskriminasi sepertimana zaman Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat.

Malah katanya, Kelantan turut diberikan tambahan stesen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pembesaran lapangan terbang, Pelabuhan Tok Bali, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT 3), bantuan pengurusan bekalan air serta penghapusan hutang melalui pajakan aset air seperti negeri lain.

“Semua ini akhirnya mencipta peluang pekerjaan dan memberikan pendapatan kepada rakyat tanpa mengira parti.

“Lebuhraya Pan Borneo pula membuktikan keprihatinan kerajaan BN agar negeri-negeri Borneo tidak tertinggal dari segi pembangunan.

“Ini adalah ‘game changer’ besar yang akan memberi manfaat terutamanya apabila Indonesia memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan dalam masa terdekat,” katanya.

Ujarnya lagi, BN tidak pernah menjanjikan bulan bintang malah tidak mampu menjanjikan dunia utopia yang serba sempurna dan tidak akan sesekali berbuat begitu.

“Kami hanya akan menjanjikan sesuatu yang praktikal, boleh dilaksana dan memberi manfaat optimum kepada rakyat. Inilah BN!” katanya. – Getaran, 1 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad